Menyedari bahawa adalah suatu kewajipan di sisi agama bagi
mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal umat Islam khususnya
yang sedang ditindas dan dizalimi di Syria, Myanmar dan Palestin, pada 18 Julai
2012 bertempat di Kulliyah Of Education UIAM, Institut Forum Siswa (i-FORSIS)
dengan kerjasama Ma’ruf Club (MC) UIAM telah menganjurkan “Urgent
Meeting : We Are Brother” bagi menetapkan suatu pendirian
terhadap isu tersebut dan menyediakan pelan tindakan yang dapat meningkatkan
kecaknaan dan rasa tanggungjawab ummah terhadap musibah yang sedang melanda
umat Islam di Syria, Mnyanmar, Palestin dan negara-negara umat Islam
yang lain.
Hasil daripada pertemuan itu :-
Kami sekeras-kerasnya membantah sebarang bentuk penindasan dan kezaliman yang dilakukan tersebut dan pembunuhan yang dilakukan itu juga merupakan suatu tindakan yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan, undang-undang antarabangsa dan prinsip agama.
Kami menyeru supaya umat Islam dan masyarakat yang prihatin supaya :
Hasil daripada pertemuan itu :-
Kami sekeras-kerasnya membantah sebarang bentuk penindasan dan kezaliman yang dilakukan tersebut dan pembunuhan yang dilakukan itu juga merupakan suatu tindakan yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan, undang-undang antarabangsa dan prinsip agama.
Kami menyeru supaya umat Islam dan masyarakat yang prihatin supaya :
1.
Mengusahakan
sedaya upaya bagi mengumpul dan menyalurkan bantuan kewangan bagi
membantu umat Islam di Syria, Mnyanmar dan Palestin.
2.
Berterusan memanjatkan
doa secara khusus kepada Allah di bulan Ramadan yang mulia ini bagi
memohon kesejahteraan umat Islam di Syria, Mnyanmar dan Palestin.
3.
Menyebarluaskan
maklumat dan informasi terkini berkenaan
keadaan umat Islam yang ditindas dan dizalimi di Syria, Mnyanmar dan Palestin
kepada seluruh peringkat masyarakat melalui medium dan pendekatan yang
pelbagai.
Oleh itu, kami akan :
1.
Menyediakan platform
bagi membina dan mengukuhkan kesatuan umat Islamserta bertujuan
membincangkan pendirian dan pelan tindakan terhadap isu-isu yang melanda umat
Islam.
2.
Melancarkan dana
khas bagi mengumpul bantuan kewangan untuk disalurkan kepada umat
Islam Syria, Mnyanmar dan Palestin.
3.
Menganjurkan kempen
secara berterusan dan besar-besaran bagi meningkatkan kesedaran umat
Islam terhadap keadaan umat Islam yang lain.
4.
Mengadakan “Himpunan
Solidariti Ummah” pada hari Jumaat, 27 Julai 2012, 2 PM di Masjid UIAM
Gombak.
Oleh hal yang demikian, kami amat mengharapkan sokongan dan dokongan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan agenda ini. Semoga Allah merahmati kita semua.
Sekian. Terima kasih.
Resolusi ini disediakan dan dipersetujui sebulat suara oleh :
-Hasbullah Mohd Faudzi, Moderator i-FORSIS
-Mohd Aizzat Abd Rahim, Ma'ruf Club
-Ni' Nurul Ain Mamat Nor, Ma'ruf Club
-Muhammad Uzair Izzat Amir, PEMBINA
-Abdullah Abdulwoheb Al Kamel, Syria
-Qutub Shah, Myanmar
-Muhammad Sayed, Myanmar
-Hassan AbuOmar, Palestin
-Ummi Kalsom, Vietnam
-Muhammad Andi Piadani, Indonesia
-Tami Astie Ulhiza, Indonesia
-Yan Mary, Cambodia
Tarikh : 23 Julai 2012 (3 Ramadan 1433 H)
0 comments:
Post a Comment