Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

25 January 2010

AGENDA ILLUMINATI DALAM AJL 24


Artikel kali ini saya ingin berkongsi satu emel yang dihantar kepada saya beberapa hari lalu. Satu artikel membongkarkan gerakan Illuminiti yang telah bergerak aktif di Malaysia.

" Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.


Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website
http://www.tv3.com.my/ selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
Pertama sekali,
Sila perhatikan gambar dibawah ini;

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?


?
Adakah ini satu kebetulan?
Kedua:
Anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
Ketiga:
Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.

Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.

Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.





* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?
Apa persamaannya?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah


Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.

16 January 2010

BAHAGIA HIDUP BERSAMAMU


Hidupku tenang..
Hatiku bahagia..
Diriku aman & gembira bersama mu...
Inilah Luahan hatiku bilamana bersama mu seketika dulu. Walaupun kadang-kadang kau menjauhi diriku. Disebabkan aku curang padamu. Namun kau masih tetap menyayangiku. Kau terus menegurku tatkala aku tersilap. Kesakitan pasti menimpaku setiap kali aku mengguriskan hatimu. Ramai orang tertarik denganku. Wanita, harta & pangkat seringkali menguji kesetiaan antara kita berdua.
Kini, aku semakin jauh denganmu. Aku sering meninggalkanmu. Asyik dengan outstation dan kerja bertimbun. Kadang-kadang aku tidak dapat berjumpa denganmu seharian walaupun 5 minit. Hatiku menjadi gersang, kotor & keras. Basirahku terus menumpul. Ruh perjuanganku terus terkubur. Aku sentiasa lalai & asyik dengan kenikmatan dunia. Aku tak sedar aku dalam kehinaan & aku berpenyakit. Inikah balasan yang engkau berikan padaku? Aku tahu, aku akan tersungkur di jalan Allah ini bila aku meninggalkanmu.
Al-Quran engkaulah teman hidupku. Satu huruf yang aku hafal pasti akan ditanya. Bersediakah aku menjawabnya dihadapan Rabbul Jalil? Sudikah kau hidup bersamaku didunia & akhirat?
Renungilah kata-kata Dr. Sayid Muhammad Nuh: Wahai anakku, kau akan futur dijalan perjuangan ini , bila kau meninggalkan amalan soleh yang menjadi kebiasaan dirimu.

14 January 2010

FORUM “ ALLAH KAMI, TUHAN KAMU “




Rasa kepuasan dirasai setelah tamatnya forum yang dirancang sempena Biah Solehah Campaign. Walaupun mengubah tajuk sebenarnya yang berkaitan ikhtilat, di atas dasar berdakwah berkonsepkan keperluan mad’u bukan apa yang daie tahu. Committee IRKSS bersama FSCC menukar tajuk isu semasa yang menjadi polemik dan panas.

Tajuk “ ALLAH KAMI, TUHAN KAMU: Penjelasan Isu kalimah Allah “ diambil walaupun dari sudut aqidah boleh menimbulkan keraguan & pertanyaan tapi diambil pada pandangan bahasa boleh diterima Ianya bermaksud penggunaan kalimah Allah khas bagi umat Islam sahaja dan kalimah tuhan terbuka kepada agama lain.

Medan Ilmiah dijangka permulaannya tidak ramai yang hadir disebabkan hari khamis keesokannya, seluruh Negeri Sembilan cuti tapi sungguh tak disangka kerusi tidak mencukupi, terpaksa bersila diatas lantai melebihi jangkaan sebelumnya. Satu petanda baik buat mahasiswa yang begitu sensitive terhadap isu semasa. Kedatangan tetamu pelajar USIM juga mengejutkan.


Perkongsiaan minda & idea oleh Ust Zamri Mohd Syafiq selaku YDP Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Negeri Selangor & Madam Isfadiah Mohd Dasuki, lecturer CFS IIUM bersifat kritikal & matang dalam menilai isu ini. Mejelaskan hukum sebenar penggunaan kalimah Allah dari perpektif Al-Quran & Sunnah, sejarah dan pandangan golongan kristian, keistimewaan kalimah suci serta implikasi yang akan berlaku masa kini dan generasi akan datang.

Penonton disuap dengan fakta & hujah kukuh dalam menilai isu ini dari sudut social politik, dakwah & pendidikan. Ancaman plurisme, hidden agenda, kaedah Fiqhiyyah iaitu Sad al-Zarai' dan Harbu Syubhat & perlembagaan Malaysia serta kaitan dengan Enakmen kawalan agama 1988 juga dijelaskan.
Forum yang berakhir jam 12 tengah malam membuka minda mahasiswa NILAI dalam menilai sendiri kenapa isu ini dibangkitkan dan siapakah sebenar dalang sebaliknya & siapakah sebenar pejuang isu ini.

Diharapkan agar pada masa akan datang, mahasiswa lebih proaktif dan sensitive serta bijak dalam membuat penilaian. Bukannya bersifat seperti kerbau dicucuk hidung. Budaya keintelektualan perlu dipertingkatkan dari masa ke masa dalam menggagah identiti future leader.