Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

04 October 2009

Bicara Hati


Salam Perpisahan buat naqibku Abang Asyraf yang terbang merentasi dunia menjejak kaki dibumi Anbia’ terhimpunnya khazanah ilmu, syeikh & ulama terbilang bumi Mesir, bumi Nabi Musa a.s.

Tepat jam 11.30 pagi 30 Oktober 2009 sempat kami menghantar pemergiaanya bersama Sahabat Wafda yang lain walaupun terpaksa pulang lebih awal dek exam yang belum berakhir. Sahabat Wafda Azmi juga telah mengikuti jejak langkah yang sama pada 14 Oktober yang lalu. Sahabat Faiz sudah setahun disana manakala Danial di bumi Jordan.
Kini…
Wafda hanya tinggal 5 orang di Malaysia. Abang Muntaqim, Syukri, Fikri, Akmal dan aku. Walau jauh di mata tapi dunia tanpa sempadan tetap menghubungkan kami.

Selepas ini…

Sahabatku Muassirunnajah, nama usrahku di Maahad Muhammadi ( Lelaki ). Pencetus kejayaan maksudnya satu nama digelarkan kepada kami oleh naqib tercinta Abang Baharudin, Abang Nik Faisal, Abang Zuhairi & Abang Muslim.

Tanggal 5 & 15 Oktober 2009 akan datang, Sahabatku Muassirunnajah Syed, Fathi, Sofuan & Haikal juga bakal meninggalkan kami. Dulunya setiap kali musim cuti, aku banyak menghabiskan masa bersama mereka, berkongsi ilmu dari guru-guru pondok & saling muhasabah serta menajamkan basirah kami mengenal Ilahi. Tapi mereka akan pergi untuk menyambung perjuangan.

Setiap pertemuan adanya perpisahan.

Perpisahan bagiku satu bala bagi sebuah persahabatan yang diikat dengan kalimah Syahadah.

Sungguh perit untuk berpisah.

Aku teringat satu kata-kata dari sahabatku

“ Orang yang ditinggalkan tak sama orang yang meninggalkan”

Begitulah kukuhnya ikatan hati tanpa ada makna tersirat yang merosakkan ukhuwwah ini.
USRAH MELAHIRKAN INSAN REALITI BUKAN ILUSI

Usrah menajamkan mata pedang meningkatkan potensi diri. Medan usrahlah medan terbaik menanam rasa cinta akan Islam dan sangggup memperjuangkannya. Aku mengenal erti usrah sejak dibangku sekolah. Disanalah aku tau bahawa aku ialah mata rantai perjuangan yang WAJIB meneruskan amanah ini.

Usrahlah mengajar erti sanggup ditarbiah dan dididik. Membuang segala sifat ananiyah dalam diri dan bersifat Salamatu Sadri, Musawah dan Ithar terhadap saudara lain.

Disitulah dapat aku selami bagaimana kasih sayang sahabat Rasulullah s.a.w yang sanggup berkorban nyawa demi ukhuwwah Islamiah.

Oh sungguh indah Ikatan ini.

Aku teringat satu puisi dari Allah dalam Surah Al-Anfal ayat 63:

“ Dan Allahlah yang menyatukan diantara hati mereka yang beriman, kalaulah kamu belanjakan segala harta benda di muka bumi nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan diantara hati mereka tetapi Allah jua yang menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa lagi Maha Bijaksana”
AMARAN ALLAH

Namun disebalik keindahan ini. Allah memberi peringatan buat manusia melalui firmanNYa yang berbunyi dalam Surah Az-Zukhruf ayat 67:
“ Friends on that Day will be foes one to another except those who have Taqwa.”

Allah has mentioned us, every friendship that exists for a purpose other than for the sake of Allah will turn to enmity on the Day of Resurrection, except for that which is for the sake of Allah, which will last forever. This is like the statement of Ibrahim, peace be upon him, to his people:

“ You have taken (for worship) idols instead of Allah. The love between you is only in the life of this world, but on the Day of Resurrection, you shall disown each other, and curse each other, and your abode will be the Fire, and you shall have no helper.” (29:25) ( Refer to Kitab Tafsir Ibnu Kathir )

Tersentak jiwaku terbaca tafsiran ayat ini yang dikaitkan dengan Kisah Nabi Ibrahim a.s dan pengikutnya. Aku cuba muhasabah diri. Tajdidkan niat kenapa aku bersahabat. Aku mendoakan agar aku dan sahabatku tergolong dari golongan yang mendapat Naungan Ilahi dimana tiada satu pun bayangan kecuali bayangan Allah s.w.t iaitu golongan yang berkasih sayang demi CintaNYa.

Ayuh sahabat-sahabiahku sekalian…

Selamilah sirah Junjungan mulia betapa hebatnya kasih mereka terhadap Baginda Nabi Muhammad s.a.q. Bukan kerana wang, pangkat, kemewahan, pengaruh, kecantikan tapi ISLAM

Ukhuwwah tanpa kefahaman akan terputus ditengah jalan.

Sedarkanlah sahabatmu

Ceritakan kepadanya

Bahawa berukhuwwah dan bersahabatlah adalah demi Islam yang dijunjung

Moga kekal abadi di Syurga nanti

Akhir kalam, renunglahlah satu kata-kata buat kita bersama:

Seorang sahabat adalah,

Seseorang yang mulia, simpati & penyayang,

Boleh diajak berbicara,

Ketik diri dilanda permasalahan.

Seorang sahabat adalah,

Seseorang yang boleh berkongsi idea & menjadi pendorong,

Seseorang yang sedia membantu,

Semasa diri hilang pertimbangan

Seorang sahabat adalah,

Seseorang yang mengambil berat,

Tentang diri sahabatnya & sentiasa cuba memahami perasaan sahabatnya,

& saling boleh percaya mempercayai..

Seorang sahabat adalah

yang sentiasa menjaga ikatan persahabatan,

& menyuburkannya dengan kasih sayang,

Seorang insan yang berhati murni

Suka duka sentiasa bersama

SUKAR DICARI HINGGA KINI..