Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

27 December 2009

FORMULA QIADAH SUFI


Fenomena Futur dalam jalan dakwah menjadi satu barah bagi aktivis Islam. Dalam sebuah kitab Penyakit Umat Islam: Kaedah & Cara Pengubatannya oleh Dr. Sayid Muhammad Nuh menafsirkan Futur bererti rehat selepas aktif. Kenapa ia berlaku?

Selain itu, ramai juga aktivis dakwah miskin jiwanya, fikrahnya jelas tapi busuk hatinya, lemah daya tarikan, kurang ruh keimanan. Cakapnya lebat, kerjanya lambat & dakwah menjadi lembab. Ramai yang bekerja namun sia-sia, tiada kemanisan dihatinya. Kerja dianggap sebagai tekanan dan paksaan dari pimpinan.

Kenapa dua karakter manusia ini wujud ?

Ini realiti berlaku .

Siapa yang patut dipersalahkan apabila sahabat seperjuangan gugur dimedan dakwah.

Siapa yang patut dipersalahkan apabila aktivis Islam juga kaki maksiat.

Jom kita kaji Formula SUFI, jalan menyelesaikan masalah !!


FORMULA SYEIKH ABDUL QADIR

Formula pertama yang diasaskan oleh seorang ulama di Nusantara. Sebuah kitab dinamakan Penawar Bagi Hati hasil lotaran idea Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Munthalib Al-Indunesia Al-Mandili? Sebuah kitab kuning berharga RM 2.00 sahaja yang biasanya saya beli di Kedai Jaafar Rawas KB atau boleh dibeli di Wisma Yakin diMasjid India.

Sebuah kitab famous karangan mushannif, banyak dipelajari di pondok-pondok sebagai kitab asas ilmu Tasawuf dalam membincangkan masalah hati & anggota badan serta amalan setiap insan. Baik menteri, pimpinan kerajaan, pimpinan kampus, petani, tok imam, pelajar dan semua lapisan masyarakat mampu mengubat hati yang parah. Ilmu mudah dipelajari namun susah diamalkan.

Pengarang membahagikan kitab kepada beberapa bahagian:

BAHAGIAN PERTAMA : Memelihara Anggota Tujuh

BAHAGIAN KEDUA : Menjaga hati & 10 sifat hati tercela

BAHAGIAN KETIGA : Menjelaskan 10 sifat hati terpuji

FORMULA IBNU QAYYIM AL-JAUZIYYAH

Bahagiakan Hatimu karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, buku terbaru keluaran PTS Islamika Sd.Bhd. Sebuah buku terbaik merawat hati berpenyakit & bernanah. Hati ibarat nucleus dalam memberi arahan & mengawal tingkah laku manusia. Hadis yang tidak asing bagi kita.

Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud ,
“ketahuilah bagi kamu bahawa dalam diri manusia itu terdapat segumpal daging yang mana apabila baik daging itu , maka baiklah seluruh tubuhnya , dah jika buruk daging itu , maka buruklah seluruh tubuhnya , ketahuilah bagi kamu bahawa daging itu ialah HATI”

Berapa ramai yang mengambil ihtimam dalam renovate hati setiap masa. Sifat Mazmumah bermaharajelala. Riya’ jadi amalan sehingga tidak disedari diri sudah masuk perangkap syaitan. Jadi, usah salahkan mad’u jika mereka lari & jauh dari kita.

Ramuan ubat yang disediakan seperti berikut:

BAB 1: Mengenali Hati yang bersih & Hati yang kotor

BAB 2 : Tanda-tanda Hati yang kotor

BAB 3 : Mengenali Penyakit-penyakit hati

BAB 4 : Mengelak Hati daripada dikuasai Nafsu

BAB 5 : Menghindari Godaan Syaitan

BAB 6 : Fitnah & Maksiat mempengaruhi hati

BAB 7 : Hati sumber segala kebajikan

BAB 8 : Mencari Penawar penyakit hati

BAB 9 : Menyucikan hati daripada kekotoran

BAB 10 : Zakat Hati membersihkan jiwa

BAB 11 : Mencari kebahagian hati

FORMULA ABU HAFS

Saidina Umar Al-Khattab juga dikenali sebagai Abu Hafs ( Bapa Singa ) selain gelaran Al-Faruoq. Ketika beliau membuka sebuah Negara taklukan, beliau berkata:

“ Aku tidak takut kepada musuh Islam tapi aku lebih takut kepada
maksiat yang dilakukan oleh tentera Islam”

Satu kata-kata peringatan bagi setiap aktivis yang menjunjung Islam. Betapa ramai golongan pemikir, perancang, mastermind & pengurus namun gagal mengawal nafsu, gagal menjaga pandangan dan anggota.

Perancangan hebat tanpa keberkatan dari Ilahi akhirnya ibarat debu berterbangan dituip angin Taufan Katrina. Kemaksiatan menggelapkan hati ibarat cermin dipenuhi debu. Walaupun diri seorang jejaka handsome atau wanita jelitawan tetap kecewa dan membazir masa menggunakan cermin kotor & tak berguna. Hati kotor ialah hati tidak memberi cahaya dalam kegelapan.

Doa tolak maksiat
اللَّهُمَّ اِنِّى أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِيْنِ، وَأَنْ تَغْفِرَلِى وَتَرْحَمَنِى . وَاِذَاأَرَدْتَ بِقَوْمٍ فِتْنَةً فَتَوَفَّنِى غَيْرَمَفْتُوْنٍ وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّمَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِى إِلَىحُبِّكَ.

“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran menyukai orang-orang mukmin dan mengharapkan kasih sayang-Mu dan keampunan-Mu. Apabila Engkau menimpakan sesuatu ujian kepada satu golongan ummat, maka hindarkanlah aku dari tertimpanya ujian itu. Aku tetap mohon kasih sayang-Mu dan kasih sayang kepada orang-orang yang suka kepada-Mu dan menyukai orang-orang yang mendekatkan diri kepada-Mu”- Risalah Doa Mujarab” oleh Hafidz Bahtiar

FORMULA IMAM HASSAN AL-BANNA

Dalam buku Memperingati Kesyahidan Imam Hassan Al-Banna oleh Ust. Ridhuan Mohd Nor mengisahkan cerita antara Imam Hassan Albanna dengan Ust. Mustafha Masyhur. Setelah penat pulang dari berdakwah. Kedua-dua susuk tubuh ini sudah tidak larat namun Pengasas Ihwanul Muslimin tetap gagah bangun mengambil wudu’ bagi menunaikan solat dengan penuh teliti agar sahabatnya yang sudah melelapkan mata tidak tersedar dengan bunyian percikan air. Memastikan sahabatnya tidur terlebih dahulu sebelum menunaikan soalat membuktikan keihlasan beliau & ketaqwaan tinggi kepada Allah. Betapa hebat mujahadah seorang mujahid dakwah. Kita?

Selain itu, mengambil ibrah dari seorang Yahudi pernah menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali apabila solat jemaah Subuh menyemai Solat Jumaat.
Kenyataan yang dikeluarkan diambil sambil lewa oleh umat Islam termasuklah aktivis Islam. Ibadat Qiamullail & solat jemaah dipandang remeh dan bukan agenda utama dalam kerja pentarbiahan. Lambakan Kerja & fikrah dititk beratkan namun dari sudut ibadat sebaliknya berlaku. Mustahil Islam akan tertegak dibumi kampus, masyarakat, negeri, negera & dunia sekiranya kita mempunyai aktivis seperti ini. Hanya angan-angan kosong dan membazirkan air liur sahaja apabila bercakap mengenai reformasi & perubahan dalam membentuk masyarakat & Negara Islam.

FORMULA THE SPRITUAL LEADER OF MALAYSIA

Mungkin anda boleh membuat tanggapan siapakah gerangannya. Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan salah seorang ikon sebagai The Spiritual Leader. Saya melihat dalam kaca mata seorang warganegara Malaysia & mahasiswa bermentaliti neutral menilai pemimpin Malaysia. Segelintir penuh korupsi dan rasuah & tidak mustahil kalau Malaysia juga mengalami krisis ekonomi yang sama.

TGNA mentadbir negeri Kelantan khususnya membawa ruh keimanan sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w berdkwah dalam fasa pertama di Mekah. Pesanan tentang keimanan kepada Allah, dosa & pahala, syurga & neraka membentuk masyarakat bertaqwa. Tidak lupa juga pimpinan PAS yang lain seperti Tuan Guru Hj. Hadi Awang , Tuan Guru Harun Din nerupakan ikon Qiadah sufi yang boleh ditiru.


TGNA bernah berkata:

Kalau kita terjaga di tengah- tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa- apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah." "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa- apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."

Akhir sekali ingatlah bahawa Jalan Perjuangan Jalan suci, Jalan Para Rasul & Mujahid Islam, jalan yang tiada tempat untuk hati yang kotor, jiwa yang kosong, maksiat dijadikan zikir.
Allah berfirman:
" Sesungguhnya berjayalah orang Yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal Yang Soleh), ( Surah Al’Ala : 14 )

Islam sudah syumul tapi kita belum syumul. Renungkan bersama…..

23 November 2009

Is Islam Terrorist Religion ?

“ Aku rasa Islam ini agama terroris la, Islam pun disebar melalui peperangan & mata pedang jugak, sama je dengan British menyerang Tanah Melayu, nak dapatkan kepentingan tersendiri je, ”, Ah Chong menimbulkan persoalan.
Fikiran Ah Chong terkumpul beribu-ribu persoalan mengenai Islam.
Hidayah Al-Deen sudah mula menyinar tapi semakin malap dek salah faham terhadap Islam. Setelah berlakunya tragedi 11 September 2001, Fahaman Islam sebagai Agama Terrorist semakin menular di negara Barat dan terus melebarkan jalurnya ke pelusuk dunia. Barat tanpa segan silu melebelkan Islam sebagai pengganas.

Geert Wilders dengan Film Fitna terus mengecam Islam beberapa tahun lalu dan terbaru, As-Syahidah Jilbab, Dr. Marwa Syarbini telah ditikam sebanyak 18 kali didalam mahkamah dihadapan hakim oleh Alex W, seorang penganggur dan penyokong parti pro Nazi German. Dia didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai sewaktu berada di Dresden park pada bulan November 2008. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "Terrorist" dan "Islamist Whore" . Semua kes ini berpunca dari fahaman Islam Is Terrorist & Islamophobia.
Benarkah Islam berkembang melalui mata pedang?

Disini saya ingin mengemukakan beberapa fakta kes & hujah bagi menyangkal satu statement berbaur fitnah terhadap Islam.

Pertama: Kewajipan berperang & hukumnya.

Selama ini Rasulullah s.a.w belum diizinkan untuk melancarkan peperangan dan tidak boleh menumpahkan darah. Baginda hanya diperintahkan untuk mengajak manusia kepada Allah, bersabar menghadapi seksaan dan memberi maaf kepada orang-orang jahil. Sementara itu orang-orang Quraisy terus menindas para pengikut Rasulullah s.a.w sehingga memaksa mereka agar meninggalkan agama Islam dan mengusir keluar dari negeri mereka. Setelah Quraisy menentang Allah, menolak kemuliaan yang ditawarkan Allah kepada mereka, mendustakan-Nya serta orang-orang yang membenarkan RasulNya dan berpegang teguh dengan agamanya, maka Allah mengizinkan Rasul-Nya untuk berperang dan membalas segala penyeksaan yang telah dilakukan terhadap mereka.

Setelah mendapat Green Light dari Allah s.w.t dalam FirmanNya dinukilkan dalam Surah Al-Hajj: 39-41 diatas faktor umat Islam dianiaya dan mereka diusir tanpa sebarang alasan kukuh iaitu mereka berkata “ Tuhan kami hanyalah Allah “, Allah mengizinkan peperangan buat umat islam sebagai Jihad Pertahanan ( Defensive ) mempertahankan aqidah Islamiah.
Apabila kita meninjau dari sudut keizinan berperang dan perlaksanaanya masa kini, Keizinan berperang sudah jelas dalam Al-Quran membenarkannya namun perlaksanaanya bergantung kepada pemerintah dan para pemimpinnya seperti hukum Hudud & Qisas. Selagi belum tertegakknya Jemaah Islam dengan seorang imam yang memimpinnya yang bangun dan melakukan konfrontasi peperangan, maka peperangan individu dalam tahap ini tidak dibenarkan kecuali tindakan membela diri, harta & kehormatan. Maksudnya, peperangan dapat dilancarkan setelah umat Islam bergabung dalam satu jamaah dan mendapat arahan dari saf kepimpinan untuk melancarkan peperangan setelah cubaan dakwah secara diplomasi telah dijalankan.

Selain itu, Jihad atau peperangan dalam Islam bukan alat permusuhan tetapi sebagai satu jalan perlindungan dakwah & jaminan perdamaian. Ini dibuktikan dalam peraturan peperangan dan syaratnya tidak membenarkan tentera Islam melampaui batas, melakukan penyeksaan terhadap wanita, kanak-kanak maupun orang tua serta tidak merobohkan binaan agama lain serta bangunan-bangunan. Disini Islam tidak menunjukkan kekerasan dalam menyebarkan dakwah. Kita lihat sebagai contoh ketika peristiwa Fathu Makah, Ketika Khalifah Umar bin Khattab memasuki Yerusalem pada tahun 634M, Islam menjamin kebebasan beribadah bagi seluruh umat beragama di kota itu. Selain menyatakan kepada penduduk bahwa kehidupan dan kekayaan mereka akan aman, serta tempat ibadah mereka tidak akan diambil alih, Beliau juga meminta pendeta-pendeta Kristen Spronius untuk ikut bersama beliau mengunjungi semua tempat suci dan tempat ibadah. Khalifah Umar juga tidak menunaikan solat disebuah gereja kerana dibimbangi umat Islam akan merampas gereja dan membina masjid. Betapa indahnya Islam menjaga hubungan terhadap non-muslim. Adakah ini Islam masih lagi Pengganas?

Kita cuba selusuri sejarah penaklukan Islam, Islam menawarkan kepada Perdana Menteri disebuah Negara untuk menerima Islam atau membayar ufti atau tentera Islam akan menakluk. Pembukaan kota Konstinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri diatas keinginan rakyat Kota Konstinople yang tidak tahan dengan kezaliman Maharaja Konstantine. Setelah menggunakan cara diplomatik & demi menyelamatkan rakyat Kota Konstantinople, peperangan disusun dan ianya mesti ditawan. Kedatangan Islam dikota tersebut merupakan satu rahmat dan keselematan kepada rakyat Konstantinople dari cengkaman kezaliman. Adakah Islam masih lagi dilabel zalim membebaskan golongan tertindas?.

Kedua: Analogi mudah

Saya membuat satu analogi mudah sebagai dalil aqli meruntuhkan hujah pihak lawan. Kita ibaratkan sebuah keluarga yang hidup aman damai disebuah rumah akan tetapi diserang oleh perompak. Adakah bapa selaku ketua keluarga akan berdiam diri, meredhai segala tindak-tanduk jahat perompak, membiarkan anak & isteri dibunuh dan harta dirampas. Begitulah umat Islam mempertahankan aqidah Islam setelah bertahan selama 10 tahun kerasulan, mereka terpaksa berhijrah ke Habsyah, Madinah dan tenpat-tempat lain demi meyelamatkan aqidah bukan berpersonaliti seorang pengecut. Adakah ini salah jika Islam bangkit menentang kezaliman kafir Quraisy yang menghalang kebebasan beragama & menjaga maruah?
# Artikel ini salah satu assigment tambahan bagi subjek Religion In Malaysia oleh Ust. Baharudin. Banyak lagi fakta yang tidak dikemukan. Para pembaca bolehlah merujuk buku-buku seperti Kit Kombat Remaja Islam ( Dr. Zainal Abidin ), Manhaj Haraki dalam Sirah Nabawiyah ( Muhammad Munir Al-Ghatban ) & Jihad bukan konfrontasi ( Pimpinan Ihkwanul Muslimin )

06 November 2009

AKU KETAGIH


Sudah 5 bulan saya meninggalkan Taman Huffaz dan hidup dibumi Nilai sudah memasuki sem 2. Setiap
hari saya melaluinya dengan pelbagai pengalaman yang mematangkan diri. Jiwa saya diasak dengan
perasaan ketagih. Bukan mabuk cinta, bukan ketagih maksiat atau sebagainya tapi AKU KETAGIH ILMU.
AKU KETAGIH THAQAFAH. Jiwa saya ibarat tin kosong yang berkehendak kepada substance.
Saya seorang yang pantang menjenguk kedai buku. Scholarship dihabiskan untuk buku. Setiap bulan
pasti saya membeli walau sebuah buku dan menghadiahkan kepada insane terpilih. Buku menjadi teman
setia. Harta yang paling mahal adalah buku. Satu kepuasan bagiku tatkala dapat memegang dan
berkongsi buku dengan sahabat. Kadang-kadang saya berasa cukup sedih dengan warga kampus kini.
Satu hari, saya memasuki kelas pertama Reading, Ms. Izyanie membuat survey tahap kecendurangan
student yang hobinya membaca. Cukup sedih bila segelintir kawan saya tidak minat untuk membaca.
Allah s.w.t menimbulkan persoalan kepada kita, adakah sama orang yang berilmu dengan tidak berilmu?
Satu provokasi dari Allah bagi yang beriman kepadaNya. Hati akan meronta kekeringan ilmu bila nasihat
ini menusuk qalbu.

BERSEDIALAH
“ Malik, badan Kamal tiba-tiba panas je ni..kau tolong buat air tawar atau kau bacala pape pun ayat
Quran, kau kan al-hafiz”, Solehudin minta jasa baikku..
“ Ust, ana nak tanya ckit boleh?”, salah seorang Banat bertanya. “ Dipersilakan”, aku membalas.
“ Apa hukum kalu kita tanam Pokok Durian berbajakan najis khinzir, boleh makan tak,?
“ Pernah dengar tak mana-mana ceramah yang kata, gambar manusia tak leh letak @digantung tinggi
lebih dari kepala kita jika kita berdiri, gano 2?, salah seorang adikku bertanya..

Setelah saja saya keluar dari bumi Darul Quran dan mengambil kos IRK di UIAM. Saya bertubi-tubi
ditanya perbagai soalan-soalan yang kadang-kadang agak penat untuk menjawab. Kadang-kadang
soalan yang tak tergambar dalam fikiran. Kemahiran menjawab digabung dengan thaqafah menjadi satu
strategi mendalami hati mad’u. Diatas hanya secebis soalan yang ana masih ingat.
Mereka menganggap title ‘Al-Hafiz’ mengetahui segala bidang ilmu dalam Islam. Kadang-kadang saya
agak kecewa dengan diri saya. Masih jahil dalam ilmu agama dan isu semasa. Susuk tubuh seorang
Huffaz bagaikan permata dalam masyarakat. Namun, ramai yang kurang sedar. Masih ditakuk lama.
Menimbulkan fitnah terhadap Islam dan Al-Quran.
Kenapa?
Akhlak tidak mencerminkan Al-Quran.
Hadis dari Saidatina Aisyah berkenaan Akhlak Rasululullah s.a.w sebagai Al-Quran bergerak sudah
masak kedengaran dibumi DQ. Namun hati kita ,masih menebal dengan gelapnya hati. Al-Quran masih
belum cair dibibir ditambah pula ilmu masih secetek dibawah buku lali labah-labah.
HUFFAZ TEKNOKRAT

Saya bersyukur ditempatkan bersama sahabat-sahabiah Persijilan DQ-UIAM 08/09 yang cukup
intelligent. Mereka mengajar saya dan mengubah cara saya berfikir. Tahap pendidikan mereka yang
cukup tinggi mematangkan saya untuk bekerja bersama mereka. Misi ‘ HUFFAZ TEKNOKRAT ‘ masih
belum selesai dan saya telah berjanji akan bersama mereka walau jalan saya kini dibidang Pengajian
Islam bukan dibidang Professional. Saya sering ditanya dengan soalan-soalan mencabar minda saya,
Fiqh Muasharah berkaitan ilmu perubatan dan sebagainya. Saya akan membantu anda sekalian.
ULAMA+PROFESIONAL= GENERASI AL-QURAN YANG UNIK

Kita tidak boleh berpisah!