Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

11 May 2010

IBRAH KISAH ABDULLAH BIN UBAI DALAM POLITIK PERKAUMAN DI MALAYSIA


“ Aku tidak pernah melihat kehinaan seperti hari ini, sehingga aku membenci wajahku sendiri, tetapi malangnya kaumku mengaku sudah mengaku salah. Mereka ( golongan muhajirin ) sekarang menjadi berani dan penduduk mereka mula membanjiri negeri kita. Demi Tuhan! Hubungan kita dengan kaum Quraisy ibarat pepatah Anjing belaan yang mengigit tangan tuannya sendiri! Demi Tuhan! Lebih baik aku mati daripada mendengar pekikan Jahjah”

Kata-kata itu terpacul keluar oleh Abdullah bin Ubai bin Sahlul, ketua Munafiq di Madinah setelah berlakunya pertengkaran antara Sinan bin Wabr al-Jahni dari golongan Ansar dan Jahjah al-Ghifari dari golongan Muhajirin. Peristiwa ini berlaku dalam keadaan sesak di Al-Marisi semasa mereka berdua mengambil air, timba Sinan bertembung dengan timba Jahjah sehingga berlakunya pertengkaran. Lantas dengan itu, Jahjah terus memukul Sinan sehingga berdarah lalu dia memekik “ Wahai golongan khazraj!”. Setelah itu datang puak Khazraj dan Jahjah terus meminta pertolongan puak Quraisy “ Wahai golongan Quraisy! Wahai kaum Kinanah!” Orang-orang Quraisy pun datang dan bertembung dengan puak Aus & Khazraj. Mereka mula mangangkat senjata sehingga hampir meletus satu fitnah sehingga didamaikan oleh seorang lelaki.
Orang yang mengantuk disarungkan bantal itulah perumpamaan buat Abdullah bin Ubai dalam merebut peluang dalam peristiwa Bani Musthaliq ini. Dia pandai mencari peluang dalam keemasan untuk menyalakan api perkauman dalam kalangan puak Ansar bagi mencetuskan rasa kerugiaan yang mendalam kerana menerima kedatangan puak Muhajirin. Beliau mengatakan:
“ Ini kesalahan kamu sendiri, kamu telah melindungi dan membenarkan mereka mendiami rumah-rumah kamu. Kamu telah membantu mereka sehingga mereka menjadi kaya. Sedang kamu menjadi umpan bagi peperangan, kamu menjadikan anak-anak kamu yatim piatu dan menjandakan isteri-isteri kamu, bilangan kamu semakin berkurangan sedangkan bilangan mereka semakin bertambah”.
Golongan Munafiq memang tidak senang dengan perkembangan Islam di Madinah. Mereka mencari jalan untuk menghancurkan Islam dari dalam. Mereka diibaratkan seperti ular yang berlingkar di bawah celahan batu, bersembunyi dan menanti kesempatan untuk mematuk kaum Muslimin.
Abdullah bin Ubai ialah calon Ketua Negara yang sedang menunggu majlis pertabalan berlangsung namun hasratnya gagal setelah Nabi Muhammad s.a.w berhijarah ke Madinah seterusnya menjadi Ketua Negara. Dendam kesumat terhadap Nabi Muhammad menyebabkan dia berpura-pura menunjukkan keislaman bahkan hatinya penuh kemunafikan.
POLITIK PERKAUMAN
Dunia politik Malaysia masa kini melihatkan kepada masyarakat isu perkauman terus menjadi agenda sesetengah parti politik. Saya disini sebagai seorang mahasiswa berfikiran terbuka & bersifat neutral tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik samada pihak kerajaan maupun parti pembangkang melihat isu ini tidak wajar dicetuskan dalam kondisi Malaysia berasaskan masyarakat majmuk.
Sesetengah manusia hatinya berpenyakit tidak begitu senang dengan perkembangan Islam di Malaysia. PAS yang mendapat tempat dihati Non-Muslim cuba dihitamkan dengan isu perkauman. Islam tidak memandang kepada perkauman, warna kulit dan bangsa. Semuanya tiada nilai disisi Allah.
Kini, kita melihat Non-Muslim semakin cenderung dan berminat kepada Islam, jadi kenapa kita selaku Muslim mahu menghalang dakwah yang disebarkan? Adakah kita mahu menjadi Pewaris Abdullah bin Ubai? Non-Muslim sudah semakin yakin dengan keadilan & kebajikan yang dibawa oleh Islam dalam dunia Islamofhobia terus melanda & merosak pemikiran manusia.
BN & UMNO mesti terus membuktikan konsep 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan bukannya satu slogan gula-gula bahkan direalisasikan dalam masyarakat. Budaya Nepotisme & Kronisme mesti disucikan dalam diari BN & UMNO sekiranya mahu mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya kaum Cina & India.
Kebajikan rakyat & keamanan negara mesti menjadi agenda utama pihak kerajaan bahkan pembangkang. Put First Things First!.
Salam Ilmiah buat semua!

0 comments:

Post a Comment