Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

16 March 2009

ETILISMA : Virus ukhuwah


Bersyukur diberi peluang oleh ILAHI dapat jugaku mencoret sedikit perkongsian pada kali ini setelah tertangguh dengan kesibukan dan masalah yang important & urgent. Jiwa dan hati kian diasak bertubi-tubi dengan ujian perasaan yang menguji ketabahan dan kesabaran diri. Namun Allah menjadi tempat pergantungan yang terbaik selain sokongan dari rakan-rakan dan adik-beradik usrah seperjuangan. Oh indahnya hidup ini memiliki teman sejati. Teman sejati teman dikala senang dan susah. Bukan senang mencari teman sejati tanpa kita menjadi teman sejati. Salamatu Sadri method pertama terbinanya bibit-bibit ukhuwah disamping Seek first to understand then to be understood untuk membentuk nilai kefahaman.



Erti sebuah persahabatan
Kita asyik menyebut mengenai ukhuwwah. Cuba saudara/ri menjawab persoalan ini.

Apa itu ukhuwwah?
“Bagaimana kita mahu menghasilkan ukhuwwah?”“Soalnya, apakah kita boleh bezakan di antara ukhuwwah dan bukan ukhuwwah?”“Apakah ada ukhuwwah yang bukan ukhuwwah?”,
Ukhuwwah satu perkara yang cukup subjektif dan tak boleh diukur, adakah kita mampu mengatakan kitalah satu golongan yang mantap ukhuwwah. Sejauhmana nilai iman dan aqidah meresap dalam perhubungan kita. Adakah kita bersahabat dengan mempunyai agenda sulit dan berpura-pura. Tepuk dada Tanya Iman. Ukhuwah yang sebenar lagi hakiki ukhuwah yang didasari keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Cukup dengan keimanan sahaja kita mampu membina ukhuwwah yang utuh sebagaimana hebatnya Cinta para sahabat terhadap Rasulullah s.a.w . Kerana ukhuwwah dan keimanan para sahabat sanggup berkorban apa sahaja. Hanya Allah dan Rasul sahaja yang kutinggal buat keluargaku, itulah kata-kata Saidina Abu Bakar r.a tatkala laungan jihad Perang Tabuk berkumandang, harta,pangkat dan darjat tidak dijadikan halangan untuk meneruskan perjuangan Islam. Tahap Ithar para sahabat tak dapat ditandingi memang betullah kata Kekasih Allah sebaik-baik kurun adalah kurunku sehingga digelarkan Jilul Quran Al-Farid. As-Syahid Syed Qutb pernah menyebut dalam karyanya yang tidak asing lagi bagi aktivis Islam berjudul Ma’alim Fi Thoriq bahawa generasi AlQuran yang unik tak akan lahir selepas zaman Rasulullah s.a.w. Betapa hebatnya para sahabat menerima Al-Quran untuk diimplementasikan tanpa ragu-ragu. Semuanya itu disebabkan rasa kasih dan ukhuwwah berpaksikan keimanan kepada Allah. Tidak mengenal berlainan bangsa, warna kulit, background family, pangkat dan darjat semuanya bersatu dibawah naungan iman dan Islam. Indahnya Islam agamaku!!!
ETILISMA???
“ Jangan tertipu dengan ukhuwwah”, pesan Pengerusi Lajnah Tarbiah AMAL padaku sewaktu menjadi Programmer Program QTC adik-adik MML,MMP dan MMPP cuti semester lalu. Ku terpaku tidak mengerti apa yang diucapkannya. “Kita menyatakan ukhuwwah kita mantap tapi kenapa banyak masalah yang tak dapat disettelekan”,abangku ini memulakan langkah provokasi padaku dan adik-adik. Aku mengangguk tanda mengiyakannya. Abang Najmul Khairi ini melebarkan bicaranya mengenai faktor-faktor kegagalan berdakwah kerana wujudnya etilisma dalam berukhuwwah. Apa itu etilisma dan apa kaitannya dengan kegagalan kerja-kerja Islam dan virus ukhuwwah???. Coretan pada kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat mengenai etilisma secara ringkas.
Etilisma merupakan suatu fenomena yang mengangkat keistimewaan diri di atas perbuatan memandang rendah terhadap orang lain. Elitisma atau exclusiveness dalam fikiran, gaya hidup dan pergaulan inilah penyumbang besar kepada rosaknya nilai ukhuwwah yang disemai melalui proses Tarbiyah. Penyakit hati ini tak mengenal mangsa lebih-lebih lagi golongan yang dikatakan thiqah dan baik. Virus ini merebak berpunca dari sikap ukhuwwah berpaksikan taasub kumpulan bukan diatas indicator iman. Ukhuwwah hanya berlegar dalam skop kumpulan itu sahaja dengan menafikan saudara seIslam yang lain. Maka berlakunya satu fenomena kemesraan yang terhad kepada sesama ahli kumpulan sahaja. Mereka mesra sesama mereka tetapi tidak dengan orang yang berada di luar lingkungan kumpulan mereka. Orang lain akan hanya dapat menikmati kemesraan itu jika ia diterima sebagai ahli kumpulan tersebut. Tiada kemesraan di antara insiders dengan outsiders.
KEGAGALAN DAKWAH
Sikap etilisma ini akan menyebabkan berlakunya golongan yang terasing dari dakwah Islam. Dakwah hanya berlegar pada golongan tertentu sahaja manakala sebahagian yang lain diabaikan. Sikap pendakwah yang memiliki keegoan dan merasa diri cukup hebat menyebabkan gerakan dakwah semakin lari dari mad’u dan dijauhi. Semuanya berpunca dari sikap dan nilai seorang daie. Semuanya berkisar dalam aspek akhlak para pendakwah. Nabi Muhammad s.a.w diutuskan untuk menyempurnakan akhlak, tiada guna berilmu tapi tidak berakhlak, tiada guna masyi Al-Quran tapi buruk tingkah lakunya. Kita hayatilah kata-kata Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah s.a.w dengan bermadah Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran. Hindarilah dari agama Islam difitnah dan dicop dengan tasawwur yang bertentangan dek akhlak kita yang rosak. Seorang mukallaf pernah ditanya kenapa masuk Islam. Beliau menjawab aku masuk Islam kerana agama Islam, bukan melihat tingkahlaku orang Islam. Aku tak akan masuk Islam jika aku melihat umat Islam. Jauh berbeza dari landasan agama Islam sebenar. Fenomena Islamfobia kadang-kadang lahir dari sikap umat sendiri, berpunca dari sikap. Cuba kita selidiki kenapa non-Muslim fobia terhadap Muslim??? Renung-renungkanlah....

Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata
Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar
Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah
Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang, berhasillah buah
Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…

ISLAM : Detoxification Process


Sebelum kita membicarakan mengenai detoxification process yang yelah direformasikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada masyarakat Jahiliah dengan membawa AlQuran yang telah mendapat ratifikasi dari Sang Pencipta adakah kita mengerti dan bersyukur nikmat ini yang membezakan kita antara ISLAM, KUFUR dan HAIWAN. Islam ibarat cahaya menyuluh kegelapan masyarakat arab Jahiliah yang hadhari dari sudut material namun badawi dari sudut rohani. Islam datang dengan hujah dan dalil menyangkal iktikad jahiliah. Tapak bersemainya Islam disemenanjung tanah Arab menyingkap 1001 rahsia waima dari sudut geografi ataupun penduduk.

Proses detoksifikasi yang diimplementasikan ke atas manusia memberi impak maksimum dengan melahirkan generasi Jilul Quranul Farid. Datangnya Islam mengubah gaya hidup masyarakat Jahiliah masa itu sehingga lahirlah golongan seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar AlKhatab, Saidina Ali, Saidatina Khadijah, Saidina Bilal, Saidatina Sumayyah dan ramai lagi mewakili kelompok masing-masing. Bersemainya Islam dalam lubuk hati para sahabat disebabkan faktor keimanan dan kecintaan kepada Allah dan KekasihNya. Masa kini proses yang masih dijalankan semakin hari sinar Islam kian menyerlah di sebelah Barat khususnya. Mereka tidak lagi yakin dengan teori-teori seperti Teori Evolusi Darwin & Sistem Buatan Manusia seperti sistem Kapitalis, Sosialis dan komunis ditambah pula gejala negatif, keruntuhan rumahtangga kian membarah.

Berdasarkan fakta kes selepas berlakunya Tragedi 11 September 2001, Jocelyn Wiener dalam St. Petersburg Times melaporkan, “ Setiap tahun lebih kurang 20 000 orang memeluk Islam di Amerika.” Dan banyak lagi fakta yang membuktikan Islam semakin diterima dinegara Barat. Proses menyahtoksikkan sakibaki Jahiliah yang dijalankan bermula dengan marhalah Makiyyah iaitu mentauhidkan Allah dan menjauhi syirik sehinggalah sampainya wahyu agar Daulah Islamiah ditegakkan di Madinah Al-Munawwarah maka disitulah marhalah Madaniyyah. Jiwa Rasulullah s.a.w kian diasak bertubi-tubi tidak cukup dengan itu nyawa dijadikan taruhan. Itulah sunnah perjuangan wahai Tentera-tentera ALLAH!!! Usah bilang mengenai perjuangan & jihad andai hatimu dipenuhi rasa cinta akan dunia dan takutkan mati!!



Dalam secebis ruangan ini, saya ingin menimbulkan persoalan kepada sahabat dan sahabiah, adakah kita salah seorang Scientis yang akan memastikan detoxification process ini terus dijalankan kepada umat manusia dalam erti kata lain apa sumbangan kita agar Islam terus didaulatkan??? Ideologi AKU TIDAK PEDULISME kian membarah dijiwa umat Islam. Isu Palestin, Krisis kerajaan Perak, jarum-jarum Sisters in Islam dan banyak lagi tidak diambil kisah oleh masyarakat. Islam agama peduli!!! Buktinya terlakar dalam Al-Quran mengenai konsep hablun mina nas dan konsep ta’awun dalam perkara kebaikan. Masyarakat bertikam lidah dalam bab furu’ dan khilaf, isu ta’adud jamaah, saling tuduh menuduh yang akhirnya isu kebejatan sosial remaja, masalah huffaz, jarum-jarum Yahudi terus diabaikan. Yahudi bergelak ketawa kerana misi Protokolnya berjaya, Theodore Hertz tersenyum lebar. Siapa yang rugi???

Dalam kita membicarakan mengenai Ideologi AKU TIDAK PEDULISME ini dalam waqi’ Darul Quran, virus ini merebak dek hati tidak suka terhadap usrah. Memang usrah dilihat satu perkara yang simple tetapi disitulah akan terbentuknya jiwa-jiwa yang peduli dan sensitif terhadap isu umat Islam. Ini benar!!! Kita lihatlah golongan agama satu ketika dulu di alam kampus, seorang yang tidak komit akan usrah apabila berada dikandang masyarakat mereka tidak bisa untuk menyebarkan dakwah. Ilmu hanya disampaikan di sekolah-sekolah sahaja bukan untuk masyarakat, mengajar hanya medan bekerja bukan berdakwah bukan medan Fi sabilillah. Apabila gaji overtime tidak dihulurkan tiadalah kerja diluar waktu pejabat. Ini realiti berlaku di kalangan golongan agama khususnya yang anti persatuan dan kerja-kerja tarbiah tanpa gaji. Sedarlah wahai Jiwa-jiwa Islam, Islam tidak memerlukan kamu tapi Kamu memerlukan Islam..Tarbiah tidak mencari kamu tapi kamu perlu mencari tarbiah. Indahnya tarbiah mendidik kita menjadi Individu muslim yang pro aktif dan tidak jumud.

Akhir kalam, saya menyeru rakan-rakan marilah sama-sama kita bina rabitah hati, mengisi fitrah insani, merai cinta Nabi,meraih cinta Ilahi...Slm ukhuwwah ke medan perjuangan!!!