Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

29 July 2010

BELAJAR DARI TEKANAN


“ Aduh, kena edit lagi working paper ni, ini dah masuk kali kelima direject !”.

“ Jawabnya kena pergi minta tandangan semua sekali lagi la, naik turun tangga, kejar mengejar advisor la kita ni..”

“Petang ni ada exam pulak, baca tak habis lagi, working paper kena dapat approve minggu ni dah, kalu tak, jawabya tunda je program kita ni..” getus hati si Taufiq sebaik sahaja melepaskan daun pintu Office..

Penat sungguh melayan birokrasi ni ye..”, Ammar menyapa lamunan tekanan si Taufiq.

“ Biasala akhi, ini lumrah dalam kepimpinan, Ini tarbiah langsung dari Ilahi buat para pimpinan”

Ust. Ahmad memberi kata semangat kepada anak didiknya tatkala terdengar keluhan hati mereka.


Dialog ringkas sebeginilah menjadi satu adat dan kebiasaan buat mereka hidup dalam dunia kepimpinan samada di sekolah maupun dikampus. Kemahiran mengurus perasaan dan stress menguji ketabahan seorang pemimpin.



UBAH PERSEPSI

Anda mahu lari dari tekanan? Anda suka lari dari masalah? Silakan…
Sejauh mana anda boleh lari dari masalah & ujiaan? Tekanan, masalah dan ujian ialah lumrah dalam kehidupan. Anda mesti yakin & percaya.

Ubah persepsi anda, cara memandang sesuatu membentuk diri anda. Sekiranya anda memandang masalah sebagai suatu tekanan & bebanan maka natijahnya pinggan mangkuk berterbangan, tamparan bisa mendarat dipipi saudara anda. Seandainya anda memandang masalah sebagai debu berterbangan nescaya diri anda tenang menempuhinya.

Senyum Pada Masalah!

Itu resipi mendapat ketenangan, berpandangan positif menenangkan diri anda. Yakinlah ! Cari hikmah disebalik musbih moga anda beroleh nikmat.

MENJAHIT SEJADAH IMAN

Adakah anda berfikir kenapa Allah menguji dan mentarbiah anda dengan cara sedemikian? Jahitlah sejadah iman yang kian koyak dek maksiat dan perkara lalai menjadi amalan. Allah masih tidak meluat melihat muka anda, menjenguk hati anda yang kotor dengan najis jijik lagi hina.

Allah masih sayangkan anda untuk menegur tindakan anda. Anda dalam comfort zone! Allah mengejutkan hati anda yang lena. Allah punya cara istimewa untuk menegur anda, DIA mengetahui hambanya.

Sebelum anda protes tindakan Allah, proteslah diri anda. Adakah dengan ikatan diri anda dengan kerja dakwah anda telah menempah tiket ke syurga?

PERSONALITY PERFORMANCE

Pendidikan atau tarbiah sifatnya berterusan, mengikut kadar kemampuan seseorang. Tarbiah seorang pemimpin tidak sama dengan tarbiah seorang ahli bawahan.

Pemimpin sewajarnya sentiasa update personality performance dari sudut berbeza samada penampilan, gaya, penguasaan bahasa dan pengkayaan soft skill. Berhadapan dengan pihak atasan dan lapisan manusia mengasak diri untuk berubah bagi memenuhi keperluan semasa.

Ilmu didada diperkaya, kekuatan pemikiran diasak dengan brainstorming dan pencerahan minda namun tidak mengenepikan aspek jasmani dan spiritual sebagai tapak asas kekuatan dalam melonjakkan perubahan diri dan masyarakat.

Akhir sekali, selamilah kata-kata Dr. Hasan Hudaibi:

“ Binalah Daulah Islam dalam dirimu sebelum kamu membina Daulah Islam dinegaramu”

28 July 2010

CERITA motivasi buatku dalam KESEMPITAN

Usrah, Meeting, Program dan...?

dari laman web www.iLuvislam.com

Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."

"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibratemenandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh scorepunya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIKsemasa belajar dahulu.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)