Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

27 December 2009

FORMULA QIADAH SUFI


Fenomena Futur dalam jalan dakwah menjadi satu barah bagi aktivis Islam. Dalam sebuah kitab Penyakit Umat Islam: Kaedah & Cara Pengubatannya oleh Dr. Sayid Muhammad Nuh menafsirkan Futur bererti rehat selepas aktif. Kenapa ia berlaku?

Selain itu, ramai juga aktivis dakwah miskin jiwanya, fikrahnya jelas tapi busuk hatinya, lemah daya tarikan, kurang ruh keimanan. Cakapnya lebat, kerjanya lambat & dakwah menjadi lembab. Ramai yang bekerja namun sia-sia, tiada kemanisan dihatinya. Kerja dianggap sebagai tekanan dan paksaan dari pimpinan.

Kenapa dua karakter manusia ini wujud ?

Ini realiti berlaku .

Siapa yang patut dipersalahkan apabila sahabat seperjuangan gugur dimedan dakwah.

Siapa yang patut dipersalahkan apabila aktivis Islam juga kaki maksiat.

Jom kita kaji Formula SUFI, jalan menyelesaikan masalah !!


FORMULA SYEIKH ABDUL QADIR

Formula pertama yang diasaskan oleh seorang ulama di Nusantara. Sebuah kitab dinamakan Penawar Bagi Hati hasil lotaran idea Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Munthalib Al-Indunesia Al-Mandili? Sebuah kitab kuning berharga RM 2.00 sahaja yang biasanya saya beli di Kedai Jaafar Rawas KB atau boleh dibeli di Wisma Yakin diMasjid India.

Sebuah kitab famous karangan mushannif, banyak dipelajari di pondok-pondok sebagai kitab asas ilmu Tasawuf dalam membincangkan masalah hati & anggota badan serta amalan setiap insan. Baik menteri, pimpinan kerajaan, pimpinan kampus, petani, tok imam, pelajar dan semua lapisan masyarakat mampu mengubat hati yang parah. Ilmu mudah dipelajari namun susah diamalkan.

Pengarang membahagikan kitab kepada beberapa bahagian:

BAHAGIAN PERTAMA : Memelihara Anggota Tujuh

BAHAGIAN KEDUA : Menjaga hati & 10 sifat hati tercela

BAHAGIAN KETIGA : Menjelaskan 10 sifat hati terpuji

FORMULA IBNU QAYYIM AL-JAUZIYYAH

Bahagiakan Hatimu karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, buku terbaru keluaran PTS Islamika Sd.Bhd. Sebuah buku terbaik merawat hati berpenyakit & bernanah. Hati ibarat nucleus dalam memberi arahan & mengawal tingkah laku manusia. Hadis yang tidak asing bagi kita.

Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud ,
“ketahuilah bagi kamu bahawa dalam diri manusia itu terdapat segumpal daging yang mana apabila baik daging itu , maka baiklah seluruh tubuhnya , dah jika buruk daging itu , maka buruklah seluruh tubuhnya , ketahuilah bagi kamu bahawa daging itu ialah HATI”

Berapa ramai yang mengambil ihtimam dalam renovate hati setiap masa. Sifat Mazmumah bermaharajelala. Riya’ jadi amalan sehingga tidak disedari diri sudah masuk perangkap syaitan. Jadi, usah salahkan mad’u jika mereka lari & jauh dari kita.

Ramuan ubat yang disediakan seperti berikut:

BAB 1: Mengenali Hati yang bersih & Hati yang kotor

BAB 2 : Tanda-tanda Hati yang kotor

BAB 3 : Mengenali Penyakit-penyakit hati

BAB 4 : Mengelak Hati daripada dikuasai Nafsu

BAB 5 : Menghindari Godaan Syaitan

BAB 6 : Fitnah & Maksiat mempengaruhi hati

BAB 7 : Hati sumber segala kebajikan

BAB 8 : Mencari Penawar penyakit hati

BAB 9 : Menyucikan hati daripada kekotoran

BAB 10 : Zakat Hati membersihkan jiwa

BAB 11 : Mencari kebahagian hati

FORMULA ABU HAFS

Saidina Umar Al-Khattab juga dikenali sebagai Abu Hafs ( Bapa Singa ) selain gelaran Al-Faruoq. Ketika beliau membuka sebuah Negara taklukan, beliau berkata:

“ Aku tidak takut kepada musuh Islam tapi aku lebih takut kepada
maksiat yang dilakukan oleh tentera Islam”

Satu kata-kata peringatan bagi setiap aktivis yang menjunjung Islam. Betapa ramai golongan pemikir, perancang, mastermind & pengurus namun gagal mengawal nafsu, gagal menjaga pandangan dan anggota.

Perancangan hebat tanpa keberkatan dari Ilahi akhirnya ibarat debu berterbangan dituip angin Taufan Katrina. Kemaksiatan menggelapkan hati ibarat cermin dipenuhi debu. Walaupun diri seorang jejaka handsome atau wanita jelitawan tetap kecewa dan membazir masa menggunakan cermin kotor & tak berguna. Hati kotor ialah hati tidak memberi cahaya dalam kegelapan.

Doa tolak maksiat
اللَّهُمَّ اِنِّى أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِيْنِ، وَأَنْ تَغْفِرَلِى وَتَرْحَمَنِى . وَاِذَاأَرَدْتَ بِقَوْمٍ فِتْنَةً فَتَوَفَّنِى غَيْرَمَفْتُوْنٍ وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّمَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِى إِلَىحُبِّكَ.

“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran menyukai orang-orang mukmin dan mengharapkan kasih sayang-Mu dan keampunan-Mu. Apabila Engkau menimpakan sesuatu ujian kepada satu golongan ummat, maka hindarkanlah aku dari tertimpanya ujian itu. Aku tetap mohon kasih sayang-Mu dan kasih sayang kepada orang-orang yang suka kepada-Mu dan menyukai orang-orang yang mendekatkan diri kepada-Mu”- Risalah Doa Mujarab” oleh Hafidz Bahtiar

FORMULA IMAM HASSAN AL-BANNA

Dalam buku Memperingati Kesyahidan Imam Hassan Al-Banna oleh Ust. Ridhuan Mohd Nor mengisahkan cerita antara Imam Hassan Albanna dengan Ust. Mustafha Masyhur. Setelah penat pulang dari berdakwah. Kedua-dua susuk tubuh ini sudah tidak larat namun Pengasas Ihwanul Muslimin tetap gagah bangun mengambil wudu’ bagi menunaikan solat dengan penuh teliti agar sahabatnya yang sudah melelapkan mata tidak tersedar dengan bunyian percikan air. Memastikan sahabatnya tidur terlebih dahulu sebelum menunaikan soalat membuktikan keihlasan beliau & ketaqwaan tinggi kepada Allah. Betapa hebat mujahadah seorang mujahid dakwah. Kita?

Selain itu, mengambil ibrah dari seorang Yahudi pernah menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali apabila solat jemaah Subuh menyemai Solat Jumaat.
Kenyataan yang dikeluarkan diambil sambil lewa oleh umat Islam termasuklah aktivis Islam. Ibadat Qiamullail & solat jemaah dipandang remeh dan bukan agenda utama dalam kerja pentarbiahan. Lambakan Kerja & fikrah dititk beratkan namun dari sudut ibadat sebaliknya berlaku. Mustahil Islam akan tertegak dibumi kampus, masyarakat, negeri, negera & dunia sekiranya kita mempunyai aktivis seperti ini. Hanya angan-angan kosong dan membazirkan air liur sahaja apabila bercakap mengenai reformasi & perubahan dalam membentuk masyarakat & Negara Islam.

FORMULA THE SPRITUAL LEADER OF MALAYSIA

Mungkin anda boleh membuat tanggapan siapakah gerangannya. Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan salah seorang ikon sebagai The Spiritual Leader. Saya melihat dalam kaca mata seorang warganegara Malaysia & mahasiswa bermentaliti neutral menilai pemimpin Malaysia. Segelintir penuh korupsi dan rasuah & tidak mustahil kalau Malaysia juga mengalami krisis ekonomi yang sama.

TGNA mentadbir negeri Kelantan khususnya membawa ruh keimanan sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w berdkwah dalam fasa pertama di Mekah. Pesanan tentang keimanan kepada Allah, dosa & pahala, syurga & neraka membentuk masyarakat bertaqwa. Tidak lupa juga pimpinan PAS yang lain seperti Tuan Guru Hj. Hadi Awang , Tuan Guru Harun Din nerupakan ikon Qiadah sufi yang boleh ditiru.


TGNA bernah berkata:

Kalau kita terjaga di tengah- tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa- apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah." "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa- apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."

Akhir sekali ingatlah bahawa Jalan Perjuangan Jalan suci, Jalan Para Rasul & Mujahid Islam, jalan yang tiada tempat untuk hati yang kotor, jiwa yang kosong, maksiat dijadikan zikir.
Allah berfirman:
" Sesungguhnya berjayalah orang Yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal Yang Soleh), ( Surah Al’Ala : 14 )

Islam sudah syumul tapi kita belum syumul. Renungkan bersama…..

1 comments:

  1. salam lik, good article, really deep meaning.

    one more thing is the daie r not caring of much of their spending, especially in buying foods.
    it is so regret that they neglect bout this.

    ReplyDelete