Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

23 November 2009

Is Islam Terrorist Religion ?

“ Aku rasa Islam ini agama terroris la, Islam pun disebar melalui peperangan & mata pedang jugak, sama je dengan British menyerang Tanah Melayu, nak dapatkan kepentingan tersendiri je, ”, Ah Chong menimbulkan persoalan.
Fikiran Ah Chong terkumpul beribu-ribu persoalan mengenai Islam.
Hidayah Al-Deen sudah mula menyinar tapi semakin malap dek salah faham terhadap Islam. Setelah berlakunya tragedi 11 September 2001, Fahaman Islam sebagai Agama Terrorist semakin menular di negara Barat dan terus melebarkan jalurnya ke pelusuk dunia. Barat tanpa segan silu melebelkan Islam sebagai pengganas.

Geert Wilders dengan Film Fitna terus mengecam Islam beberapa tahun lalu dan terbaru, As-Syahidah Jilbab, Dr. Marwa Syarbini telah ditikam sebanyak 18 kali didalam mahkamah dihadapan hakim oleh Alex W, seorang penganggur dan penyokong parti pro Nazi German. Dia didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai sewaktu berada di Dresden park pada bulan November 2008. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "Terrorist" dan "Islamist Whore" . Semua kes ini berpunca dari fahaman Islam Is Terrorist & Islamophobia.
Benarkah Islam berkembang melalui mata pedang?

Disini saya ingin mengemukakan beberapa fakta kes & hujah bagi menyangkal satu statement berbaur fitnah terhadap Islam.

Pertama: Kewajipan berperang & hukumnya.

Selama ini Rasulullah s.a.w belum diizinkan untuk melancarkan peperangan dan tidak boleh menumpahkan darah. Baginda hanya diperintahkan untuk mengajak manusia kepada Allah, bersabar menghadapi seksaan dan memberi maaf kepada orang-orang jahil. Sementara itu orang-orang Quraisy terus menindas para pengikut Rasulullah s.a.w sehingga memaksa mereka agar meninggalkan agama Islam dan mengusir keluar dari negeri mereka. Setelah Quraisy menentang Allah, menolak kemuliaan yang ditawarkan Allah kepada mereka, mendustakan-Nya serta orang-orang yang membenarkan RasulNya dan berpegang teguh dengan agamanya, maka Allah mengizinkan Rasul-Nya untuk berperang dan membalas segala penyeksaan yang telah dilakukan terhadap mereka.

Setelah mendapat Green Light dari Allah s.w.t dalam FirmanNya dinukilkan dalam Surah Al-Hajj: 39-41 diatas faktor umat Islam dianiaya dan mereka diusir tanpa sebarang alasan kukuh iaitu mereka berkata “ Tuhan kami hanyalah Allah “, Allah mengizinkan peperangan buat umat islam sebagai Jihad Pertahanan ( Defensive ) mempertahankan aqidah Islamiah.
Apabila kita meninjau dari sudut keizinan berperang dan perlaksanaanya masa kini, Keizinan berperang sudah jelas dalam Al-Quran membenarkannya namun perlaksanaanya bergantung kepada pemerintah dan para pemimpinnya seperti hukum Hudud & Qisas. Selagi belum tertegakknya Jemaah Islam dengan seorang imam yang memimpinnya yang bangun dan melakukan konfrontasi peperangan, maka peperangan individu dalam tahap ini tidak dibenarkan kecuali tindakan membela diri, harta & kehormatan. Maksudnya, peperangan dapat dilancarkan setelah umat Islam bergabung dalam satu jamaah dan mendapat arahan dari saf kepimpinan untuk melancarkan peperangan setelah cubaan dakwah secara diplomasi telah dijalankan.

Selain itu, Jihad atau peperangan dalam Islam bukan alat permusuhan tetapi sebagai satu jalan perlindungan dakwah & jaminan perdamaian. Ini dibuktikan dalam peraturan peperangan dan syaratnya tidak membenarkan tentera Islam melampaui batas, melakukan penyeksaan terhadap wanita, kanak-kanak maupun orang tua serta tidak merobohkan binaan agama lain serta bangunan-bangunan. Disini Islam tidak menunjukkan kekerasan dalam menyebarkan dakwah. Kita lihat sebagai contoh ketika peristiwa Fathu Makah, Ketika Khalifah Umar bin Khattab memasuki Yerusalem pada tahun 634M, Islam menjamin kebebasan beribadah bagi seluruh umat beragama di kota itu. Selain menyatakan kepada penduduk bahwa kehidupan dan kekayaan mereka akan aman, serta tempat ibadah mereka tidak akan diambil alih, Beliau juga meminta pendeta-pendeta Kristen Spronius untuk ikut bersama beliau mengunjungi semua tempat suci dan tempat ibadah. Khalifah Umar juga tidak menunaikan solat disebuah gereja kerana dibimbangi umat Islam akan merampas gereja dan membina masjid. Betapa indahnya Islam menjaga hubungan terhadap non-muslim. Adakah ini Islam masih lagi Pengganas?

Kita cuba selusuri sejarah penaklukan Islam, Islam menawarkan kepada Perdana Menteri disebuah Negara untuk menerima Islam atau membayar ufti atau tentera Islam akan menakluk. Pembukaan kota Konstinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri diatas keinginan rakyat Kota Konstinople yang tidak tahan dengan kezaliman Maharaja Konstantine. Setelah menggunakan cara diplomatik & demi menyelamatkan rakyat Kota Konstantinople, peperangan disusun dan ianya mesti ditawan. Kedatangan Islam dikota tersebut merupakan satu rahmat dan keselematan kepada rakyat Konstantinople dari cengkaman kezaliman. Adakah Islam masih lagi dilabel zalim membebaskan golongan tertindas?.

Kedua: Analogi mudah

Saya membuat satu analogi mudah sebagai dalil aqli meruntuhkan hujah pihak lawan. Kita ibaratkan sebuah keluarga yang hidup aman damai disebuah rumah akan tetapi diserang oleh perompak. Adakah bapa selaku ketua keluarga akan berdiam diri, meredhai segala tindak-tanduk jahat perompak, membiarkan anak & isteri dibunuh dan harta dirampas. Begitulah umat Islam mempertahankan aqidah Islam setelah bertahan selama 10 tahun kerasulan, mereka terpaksa berhijrah ke Habsyah, Madinah dan tenpat-tempat lain demi meyelamatkan aqidah bukan berpersonaliti seorang pengecut. Adakah ini salah jika Islam bangkit menentang kezaliman kafir Quraisy yang menghalang kebebasan beragama & menjaga maruah?
# Artikel ini salah satu assigment tambahan bagi subjek Religion In Malaysia oleh Ust. Baharudin. Banyak lagi fakta yang tidak dikemukan. Para pembaca bolehlah merujuk buku-buku seperti Kit Kombat Remaja Islam ( Dr. Zainal Abidin ), Manhaj Haraki dalam Sirah Nabawiyah ( Muhammad Munir Al-Ghatban ) & Jihad bukan konfrontasi ( Pimpinan Ihkwanul Muslimin )

0 comments:

Post a Comment