Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

14 January 2010

FORUM “ ALLAH KAMI, TUHAN KAMU “




Rasa kepuasan dirasai setelah tamatnya forum yang dirancang sempena Biah Solehah Campaign. Walaupun mengubah tajuk sebenarnya yang berkaitan ikhtilat, di atas dasar berdakwah berkonsepkan keperluan mad’u bukan apa yang daie tahu. Committee IRKSS bersama FSCC menukar tajuk isu semasa yang menjadi polemik dan panas.

Tajuk “ ALLAH KAMI, TUHAN KAMU: Penjelasan Isu kalimah Allah “ diambil walaupun dari sudut aqidah boleh menimbulkan keraguan & pertanyaan tapi diambil pada pandangan bahasa boleh diterima Ianya bermaksud penggunaan kalimah Allah khas bagi umat Islam sahaja dan kalimah tuhan terbuka kepada agama lain.

Medan Ilmiah dijangka permulaannya tidak ramai yang hadir disebabkan hari khamis keesokannya, seluruh Negeri Sembilan cuti tapi sungguh tak disangka kerusi tidak mencukupi, terpaksa bersila diatas lantai melebihi jangkaan sebelumnya. Satu petanda baik buat mahasiswa yang begitu sensitive terhadap isu semasa. Kedatangan tetamu pelajar USIM juga mengejutkan.


Perkongsiaan minda & idea oleh Ust Zamri Mohd Syafiq selaku YDP Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Negeri Selangor & Madam Isfadiah Mohd Dasuki, lecturer CFS IIUM bersifat kritikal & matang dalam menilai isu ini. Mejelaskan hukum sebenar penggunaan kalimah Allah dari perpektif Al-Quran & Sunnah, sejarah dan pandangan golongan kristian, keistimewaan kalimah suci serta implikasi yang akan berlaku masa kini dan generasi akan datang.

Penonton disuap dengan fakta & hujah kukuh dalam menilai isu ini dari sudut social politik, dakwah & pendidikan. Ancaman plurisme, hidden agenda, kaedah Fiqhiyyah iaitu Sad al-Zarai' dan Harbu Syubhat & perlembagaan Malaysia serta kaitan dengan Enakmen kawalan agama 1988 juga dijelaskan.
Forum yang berakhir jam 12 tengah malam membuka minda mahasiswa NILAI dalam menilai sendiri kenapa isu ini dibangkitkan dan siapakah sebenar dalang sebaliknya & siapakah sebenar pejuang isu ini.

Diharapkan agar pada masa akan datang, mahasiswa lebih proaktif dan sensitive serta bijak dalam membuat penilaian. Bukannya bersifat seperti kerbau dicucuk hidung. Budaya keintelektualan perlu dipertingkatkan dari masa ke masa dalam menggagah identiti future leader.

0 comments:

Post a Comment