Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

03 August 2009

TAJAMKAN TARING!!



Tarbiah begitu sinonim dengan jiwa Insan cintakan Islam. Tarbiah sungguh saintifik untuk dinilai dan diukur oleh sesiapa sahaja. Hanya analisis dan pandangan serta pengalaman dapat menjustifikasikan tahap ketajaman dan keberkesanan tarbiah sesuatu tempat dan suasana.

Cuti yang lalu sempat saya berbrainstorming bersama Pengerusi Lajnah Tarbiah AMAL, Ust.Amirudin dan sahabat sahabiah alumni bagi mengasah ketajaman tarbiah sekolah dibawah naungan AMAL, dapatlah saya kongsikan serba sedikit tanpa korbankan disiplin saya sebagai seorang ahli.

Bagi saya, tarbiah sekolah merupakan satu medan yang perlu dititik beratkan oleh semua pihak terutamanya pimpinan mahasiswa. Ini kerana, ia merupakan generator @ penggerak kepada tarbiah kampus secara reality masa akan datang. Bakat kepimpinan perlu diasah seawal mungkin agar apabila berada dikampus hanya perlu ditop-up agar terus berkembang dan menyumbang.
CINTAKAN ISLAM BENCIKAN JAHILIAH


Usia seawal belasan tahun mudah terpengaruh dengan anasir-anasir sihat atau sebaliknya. Sekolah menengah tempat berkembangnya dan berlakunya proses keremajaan dengan meningkatnya semangat inkuiri dan pendedahan alam dunia.

Disaat inilah, penerapan nilai Islam sangat perlu bagi memenuhi jiwa remaja yang kosong. Ilmu asas-asas kefahaman Islam didedahkan seperti Aqidah (Keimanan kepada Allah,Nubuwwah dan Ghaibiyat ), Kefahaman Hukum-hakam Feqah, Buah akhlak pelajar Islam. Remaja juga perlu didedahkan dengan musuh-musuh Islam samada dalam diri atau luar. Bagaimanakah melawan hawa nafsu, godaan syaitan, mukmin dengki, g0longan munafiq dan kafir serta sekutunya seperti gerakan Freemasonry, Kristianisasi dan Orientalis.

Tanamkan semangat bencikan jahiliah dari sudut aqidah, pemikiran, gaya hidup dan jahiliah masa kini khususnya dalam waqi’ negara Malaysia yang wujud kini. Dengan wujudnya 2 elemen ini remaja akan lebih mengerti kemanisan menjadi seorang muslim yang berilmu bukannya taqlid membabi buta. Penghayatan kepada Islam diserap agar ilmu bukan didalam lembaran kertas disimpan dalam fail program bahkan praktikal alam realiti.

Dengan kelengkapan asas-asas kefahaman Islam yang mantap barulah didedahkan tanggungjawab sebagai pelajar Islam dan perananya masa kini khususnya disekolah.

USAH TERGESA-GESA

Konsep tarbiah perlu relevan dengan tahap pemikiran madu. Levelnya tak boleh rendah atau sangat tinggi. Modulnya perlu sesuai dengan kelompok sasaran. Marhalah tarbiah dan sifat-sifatnya tak bolah dilanggar begitu sahaja agar keberkesanan dapat dicapai dan adik-adik tak lari dari abang-abang.

Tarbiah tak boleh melangkau tahap kampus.

Jangan dek pengalaman semuanya ingin di 'dermakan’ kepada adik-adik menyebabkan jemu dan bosan tatkala memasuki gerbang kampus. Modul dan pendekatan sama dengan sekolah. Lebih teruk lagi dengan tersimpannya perasaan balas dendam. Pengisian perlulah sesuai dengan kehendak semasa.

Tidak bertahapnya dalam tarbiah member kesan besar tatkala memasuki kampus, segelinirnya akan futur kerana bosan, kita tak nafikan factor seseorang itu menjadi futur banyak tapi kita nilai dari sudut jemaah itu sendiri. Bertahaplah agar pimpinan masa depan akan terus intima dan istiqamah disetiap medan. Saya berkata pada diri saya sendiri!


QIADAH MUFAKKIR


Lahirkan pemimpin masa depan yang mampu create new idea sesuai dengan zaman. Usah lahirkan pemimpin yang mampu manjadi seperti kerbau ditari hidung kemana sahaja. Tanpa kata-kata, membisu sahaja. Kita perlu mengasah pimpinan muda adik-adik agar terus berkembang dan matang berfikir, tidak terus mengikut warisan senior. Latihlah dengan skill kepimpinan samada sudut komunikasi pemikiran, social dan sewaktunya.
Justify Full“ Sebaik-baik manusia yang paling bermanfaat pada yang lain”

PEMIMPIN MASA DEPAN

Berfikirlah secara futuristik dalam tarbiah. Jauhkan dari jumud pemikiran dek malas membaca dan menelaah kitab-kitab. Jangan salahkan orang apabila seseorang mengeluarkan cadangan gila-gila kerana kita malas membaca! Usah menyekat daya pemikiran pemipim yang terus berkembang.

Silapnya tarbiah kita sering kali menyekat daya kemampuan seseorang yang mampu pergi lebih jauh dari pimpinan masa itu. Dek kurang mengkaji kita terus menyekat idea yan g dibawa oleh orang bawahan. Kita tak nafikan orang atasan melihat secara big picture.

Dalam tarbiah kita perlu merangka bagaimanakah perjalanan tarbiah seorang adik seawal kemasukan lagi. Menyediakan modul khas dan digroupkan agar kelebihan tersendiri sentiasa diasah dan digilap. Natijahnya, pemipin 5 tahun akan datang yang dulunya masih hingusan adalah satu barisan kepimpinan yang fleksibel dan mempunyai kehebatan tersendiri mengikut posisi yang tersusun.


PERANAN ALUMNI



Alumni cukup memberi kesan besar kepada jiwa adik-adik. Turunnya bekas pelajar bertemu dengan pimpinan cukup memberi kesan psikologi dan membangkitkan semangat mereka.

Buat bekas pimpinan sekolah yang dulunya berapi-api bercakap dihadapan, ziarah kita ke sekolah lama jangan disamakan dengan melawatnya pelajar-pelajar biasa atau best student, turunya kita ke sekolah membawa misi penyelamat adik-adik. Berkongsi pengalaman dan ilmu, tunjukkilah jalan agar mereka terus bergerak laju dan semakin hebat dari generasi sebelum ini. Jauhkan diri kita menjadi pemimpin sekolah yang kali terakhir menjejajkan kaki ketika mengambil sijil berhenti. Berilah sumbangan setakat mampu, adik-adik dahagakan nasihat dan pesanan.

Kalau yang mampu kajilah sistem tarbiah di sekolah, kajilah sistem pendidikan dan pembelajaran, kita cuba lontarkan kapada pihak pentadbir jalan mngemaskini dan meningkatkan prestasi akhlak dan akademik pelajar. Alumni bukan sekadar buat reunion, ijtima’ aidilfitri tetapi penyumbang idea utama kepada pihak sekolah melalui saluran yang betul.

Sama-samalah kita menajamkan taring Tarbiah walau dimana jua berada!!!

0 comments:

Post a Comment