Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

29 August 2009

Islamic Writing Workshop : Titik permulaan

Bersyukur pada Ilahi sempat saya sempat berbengkel bersama Zakaria Sungib (Pak Ya) dan Bro. Nasri dari Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Islamic Writing Workshop telah dianjurkan oleh Islamic Revealed Knowledge Student Society ( IRKSS ), CFS IIUM Nilai memberi panduan dan motivasi buat saya dan rakan-rakan agar terus menceburkan diri dalam bidang pena yang mampu mencetuskan polemik jika ikut rentaknya.



Bengkel selama satu hari memberi input bermakna dan teknik bagi menghasilkan sebuah buku dikenali bestseller. Pelbagai modul telah dibentangkan seperti Warm Up ( Motivasi untuk menulis ) bagi mencetuskan kesedaran dalam kalangan peserta tentang peri pentingnya meneruskan warisan pena yang cukup tajam bagi meneruskan tradisi ulama’ dan meninggalkan legasi bermakna buat ummat.

Sejarah telah membuktikan ketajaman pena mampu menggugat sebuah kerajaan angkuh seperti hasil Prof.Dr. Burhanuddin Helmi menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British. Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan di Singapura pada pertengahan 1930an, Jose Rizal dengan Noli Me Tangere,dan saluran-saluran utama lain pada zaman penjajah menunjukkan media cetak cukup dominan dalam membangkitkan semangat inginkan kebebasan dan kemerdekaan.

Kami ditekankan mengenai persoalan nilai membaca. Seorang penulis perlu membaca sebanyak mungkin melebihi 3 kali ganda dari menulis bagi memberi input yang padat dalam penulisan. Penulis perlulah melihat kecenderungan diri terhadap sesuatu yang diminati samada novel, pengetahuan am, sejarah, keluarga, remaja dan sebagainya.



Menulis apa yang umat mahukan bukan apa pendakwah tahu ’ kata-kata dari Ust. Hasrizal Abd Jamil dalam tulisannya. Penulis juga perlu sensitif terhadap isu umat dan menghuraikan dalam bentuk penulisan. Penulis pencetus perubahan masyarakat. Ketajaman Pena merupakan salah satu bentuk pendidikan buat ummat. Malik bin Nabi dalam pemikirannya telah dihuraikan dalam sebuah buku oleh Dr. Ali Al-Quraishi bertajuk ‘ Malik bin Nabi dan Pergolakan Sosial’ menyentuh aspek pendidikan sebagai metod utama tercetusnya transformasi dalam peradaban umat Islam dengan terhapusnya sikap apologetik, romantisme dan lenyapnya sikap menerima penjajahan.

Modul Ke Garisan, Get Set ( Hukum Tarikan & Pelan Operasi Penulisan ) dan Go! sempat kami hadamkan. Satu simulasi menyediakan Proposal Buku juga telah dijalankan mengikut kumpulan. Kami telah mencadangkan satu buku ‘ Diari Penghafaz Wahyu ‘ mengisahkan seorang pelajar cacat penglihatan menempuh dugaan dalam menghafaz Al-Quran sehingga menimbulkan polemik masyarakat bahawa golongan OKU juga mampu dan ini tidak mustahil. Spirit iniah perlu diterapkan dalam masyarakat agar mendampingi Kalam Suci. Kami diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan proposal dalam bentuk sinopsis dan huraian penuh bab awal sebagai bukti kesungguhan kami dalam bidang penulisan.

0 comments:

Post a Comment