Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

11 September 2010

HARI KONVOKESYEN GRADUASI RAMADHAN



Sebelum pulang ke kampung halaman, saya pasangkan azam untuk berterawih di Qaryah Ramadhan, Kota Bharu. Mengambil ruh Ramadhan diBandar Raya Islam setelah 3 bulan dinegeri orang. Syukur di malam akhir sempat saya berterawih disana diimamkan oleh Syeikh Ramadhan dari Mesir. Selepas selesai solat 4 rakaat, tazkirah disampaikan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Suasana malam itu, sayu bagi diri yang mengerti, Ramadhan akan ditinggalkan, Imam menangis ketika mengaminkan doa:
" Ya Allah, jangan jadikan ramadhan ini yang terakhir buat kami".
Ustaz Nik Abduh juga sebak sebelum memulakan tazkirah beliau. Inilah contoh pemimpin Islam. Alangkah indahnya jiwa orang beriman, manisnya ketika menghadap Ilahi, hatinya lembut sungguh tersentuh. Benarlah firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 2-4 memperincikan sifat Mukmin sebenar.
“ Sesungguhnya orang-orang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang APABILA DISEBUT NAMA ALLAH (DAN SIFAT-SIFATNYA) GEMENTARLAH HATI MEREKA; dan APABILA DIBACAKAN KEPADA MEREKA AYAT-AYATNYA, MENJADIKAN MEREKA BERTAMBAH IMAN, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang Yang mendirikan sembahyang dan Yang mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka. merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka akan mendapat pangkat-pangkat Yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia Yang mulia (di Syurga).”
Ramadhan dihadiahkan kepada umat Islam sebagai satu anugerah untuk menghapuskan dosa si hamba dalam tempoh antara ramadhan dengan ramadhan. Allah memilih dalam kalangan hambaNya untuk diberikan rahmat, keampunan dan perlepasan dari api neraka. Memang tidak pelik, jika diawal ramadhan solat terawih semacam solat Jumaat, berpusu-pusu manusia ke masjid namun diakhir ramadhan diseluruh dunia manusia berpusu-pusu ke shopping complex dan sebagainya. Ini TAPISAN ALLAH. Ini memang perancangan Allah. Allah mahu memilih hambaNya yang benar-benar ikhlas & istiqamah bagi mendapatkan gelaran GRADUASI TAQWA RAMADHAN.
Alim Ulama’ menangis disaat ingin berpisah dengan Ramadhan, manusia awam gembira menyambut Aidilfitri. Tak sampai 10 hari berpuasa sudah kedengaran lagu Raya. Sungguh biadap si hamba, tidak menghormati Hadiah Sang Pencipta. Tibanya Satu Syawal, HARI KONVOKESYEN meraikan GRADUASI TAQWA RAMADHAN khusus buat mereka sahaja. Limited! Satu Syawal untuk mereka bukan untuk manusia seperti kita, tiada transformasi dalam iman & amal, masih lagi melakukan dosa maksiat. Aduh! Hinanya hamba seperti ini & seperti diriku ini.
Tersentuh hati kecil, layakkah aku berhari raya??
Muhasabah buat diriku & sahabat-sahabat pembaca.

0 comments:

Post a Comment