Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

14 June 2010

KUASA ‘ABASA MENDIDIK SEORANG DAIE


Surah ‘Abasa1 diturunkan sebagai wahyu buat Penghulu Nabi sangat cukup mengejutkan hati Rasulullah s.a.w, apabila tindakan baginda ditegur oleh Allah s.w.t. Kisah ini berlaku apabila baginda sibuk melayani pembesar Quraisy iaitu ‘Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Abu Jahal. Umayyah bi Khalaf , al-Walid ibn Mughirah dan Al-Abbas bin abdul Mutalib. Baginda menyeru mereka kepada Islam dan mengharapkan dengan keislaman mereka mampu menyelamatkan umat Islam dalam menghadapi kesulitan dan kesukaran di Makkah.
Mereka ialah golongan yang melakukan berbagai-bagai angkara dan muslihat dalam membekukan kegiatan penyebaran Islam. Sekiranya mereka memeluk Islam, jalan dakwah kian licin & lancar tanpa terpaksa melalui onak & duri yang tajam dan sukar. Dalam kesibukan tersebut, seorang lelaki yang buta dan miskin, Abdullah bin Maktum datang kepada baginda sedangkan baginda sibuk melayani pembesar Quraisy demi kepentingan Islam bukan peribadi.
Lelaki itu datang dan berkata kepada Rasulullullah s.a.w:
Wahai Rasulullah s.a.w! Bacalah kepadaku dan ajarkan ku apa yang telah diajarkan Allah kepadamu”
Ibn Maktum berulang kali memanggil baginda, Rasulullah tidak merasa senang sehingga jelas pada air muka baginda. Lantas dengan itu turunlah Surah ‘Abasa menegur tindakan baginda.
SIKAP SEORANG DAIE
Ibrah dalam surah ini cukup besar buat manusia hatinya hidup akalnya berfikir. Al-Quran diturunkan sebagai panduan bukan untuk dijadikan tangkal, digantung dinding tanpa ada TAHU & FAHAM. Islam tidak melihat kepada lahiriah dan asal usul keturunan serta bangsa. Semuanya tiada nilai dalam Islam. Semuanya ibarat debu berterbangan tatkala bertemu Sang Pencipta.
Walaupun tindakan Rasululullah saw atas dasar kepentingan Islam bukan peribadi. Namun Allah tetap menegur baginda. Allah mengajar baginda dan umatnya agar menghormati & menyambut baik mad’u yang mempunyai burning desire yang cukup tinggi berbanding mad’u yang agak liat. Tidak kisah walaupun mad’u itu seorang pengemis, kurang upaya dan miskin bahkan mat rempit sekalipun tapi mereka kaya dengan keimanan & ingin berubah. Mereka lebih mudah untuk dibentuk dan ditarbiah. Sikap daie perlu meraikan dan membuka jalan kepada mereka.
Bukan senang untuk menyentuh hati mad’u agar bersama-sama mencintai dan berjuang untuk Islam. Pandanglah mad’u dengan pandangan rahmat bukannya suka menuduh. Jangan disangka kaki botol sekarang tapi akan datang mampu menjadi barisan hadapan dalam membantah tindakan mungkar. Beleklah sejarah Islam. Ramai dari mereka mempunyai background bermasalah tapi setelah ditarbiah mampu mengeluarkan power dan potensi diri.
Da’ie perlu megambil pengajaran dalam cerita ‘ Kung Fu Panda’:
Master Oogway berkata “You just need to believe”
Ya! Daie perlu percaya kepada mad’u. Taruhkan kepercayaan anda kerana mad’u anda punya potensi untuk menjadi hebat! Lebih hebat dari anda.
Pemimpin yang hebat melahirkan generasi yang lebih hebat!
KOMUNIKASI DENGAN PEMIMPIN
Allah punya cara menegur kekasihNya.
Bolehkah kita menegur Nabi Muhammad sebagaimana Allah menegur baginda?
Bolehkah Si Anak memberi arahan sebagaimana si ayah memberi arahan?
Atau
Pemimpin dengan ahli?
Si Ketua bercakap dengan Che Mat:
“ Tolong siapkan kerja ni secepat mungkin “ minta si Ketua
Suatu hari…
Che Mat pula berkata kepada Ketua:
“Saya nak tuan hantar segera maklumat yang saya nak sebelum petang ni”
Bolehkah Che Mat berkata sedemikian kepada ketuanya?
Intipati arahan agak sama, maksud tidak jauh, dilakonkan manusia sama tapi kondisi berbeza. Seorang ketua memberi arahan pada ahlinya & seorang ahli memberi arahan kepada ketuanya.
Surah Abasa mengajar kita cara berkomunikasi dengan pimpinan atasan. Apabila mentafsir surah ini, adab dengan Rasululllah saw mesti dijaga, intonasi suara mesti dikawal jangan berlebih-lebih sehingga menimbulkan perasaan bahawa Nabi Muhammad juga layak dikecam. Layakkah kita megecam Rasul Terakhir?
Disini, ibrah cara berkomunikasi. Perkara kecil tapi impak besar. Adab dengan pimpinan mesti dijaga. Tidak boleh disamakan. Inilah keindahan hidup berorganisasi. Melatih diri menghormati orang lain & menanam perasaan rendah diri.
Salam muhasabah..
1 Tafsir Fi Zilal Quran karangan As-Syahid Syed Qutb

0 comments:

Post a Comment