Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

09 May 2010

LEDAKAN PERUBAHAN DI IKP

“ Bukan pemuda yang mengatakan inilah ayahku,
tetapi pemuda sebenar ialah yang mengatakan inilah aku ”

Gelombang perubahan gerakan pimpinan pelajar sekolah kian menyerlah. Ijtima’ Kepimpinan Pelajar yang dianjurkan oleh Maahad Muhammadi ( Lelaki ) dengan kerjasama Alumni Maahad Muhammadi Negeri Kelantan ( AMAL ), Yayasan Islam Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan telah mengumpulkan pimpinan pelajar dari 20 buah sekolah dibawah YIK berkampung di Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa selama 2 hari 1 malam bermula 7 & 8 Mei 2010.

Ijtima’ bertemakan ‘ Peranan Kepimpinan Pelajar dalam Memacu Tarbiah di Sekolah’ berfungsi bagi menggerakkan gerakan pimpinan pelajar dalam memperkasakan tarbiah dan perkaderan disekolah YIK. Program telah dirasmikan oleh YB Abdul Fattah Bin Hj Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO telah memberi satu harapan besar kerajaan Negeri Kelantan kepada saf kepimpinan sebagai generasi pelapis kepimpinan akan datang. Pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Asri Mat Daud, Pensyarah KIAS juga telah mebangkitkan kesedaran & semangat pimpinan pelajar bahawa merekalah seharusnya bersifat Kompetensi ( Al-Quwwah ) & Integriti ( Al-Amin ) serta berperanan dalam mendidik sahabat dan rakan-rakan dalam menghayati nilai Islam .


Selepas selesai solat Jumaat, saya diamanahkan untuk menghandle satu forum bagi menghangatkan lagi Ijtima’ agar mencapai objektif dengan menampilkan Ust. Wan Roslan Wan Hamat ( Pen. Pengarah YIK merangkap Penaung AMAL ) dan Ust. Mohd Idris bin Yusoff ( Presiden GAMIS ),satu gandingan panelis yang berpengalaman dalam dunia kepimpinan pelajar dan mahasiswa. Perwakilan bertubi-tubi bertanyakan soalan bagi manambahkan lagi kefahaman dalam memahami agenda tarbiah dan kepimpinan. Sesi Percambahan Idea ( SPI ) juga dijalankan sebagai satu jalan brainstorming bersama dalam berkongsi dan bertukar idea. SPI telah menggariskan empat fokus utama berkaitan dengan Sistem Pengurusan Organisasi, Perkaderan & Kepimpinan, Pengurusan Usrah & Pengurusan Pelajar. Terima kasih kepada warga AMAL dalam menjayakan SPI.

Akhirnya, satu resolusi penubuhan Jawatankuasa gabungan bersama pimpinan pelajar telah berjaya dihasilkan. Dengan harapan tertubuhnya jawatankuasa gabungan pimpinan pelajar ini agar dapat memantapkan lagi gerakan pimpinan pelajar dalam memacu tarbiah dan kepimpinan disekolah. Ijtima’ ini akhirnya telah ditangguhkan oleh YB Muhammad bin Mustapha, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah Negeri Kelantan.





Terus mara ke hadapan wahai adik-adikku!!!

0 comments:

Post a Comment