Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

28 April 2010

SEKILAS PANDANG GAYA PEMIMPIN GEN Y


Artikel ini ditulis sebagai kata perangsang buat diri sendiri yang masih merangkak dalam dunia kepimpinan dan dakwah, masih dalam proses pembentukan diri dalam melontar satu momemtum perubahan buat masyarakat. Buat pembaca yang sudah lali dengan idea dalam tulisan ini agar dapat dijadikan sebagai peringatan( Al-Zikr ), buat yang belum agar diambil sebagai satu ilmu untuk diamalkan.
Dunia tanpa sempadan mengubah landskap pemikiran dan gaya kehidupan manusia. Penyebaran maklumat tanpa had memberi impak positif dan kesan negatif. Dunia ibarat roda berputar dan sejarah akan berulang. Setiap peristiwa hari ini adalah cerminan kisah silam.
Zaman Jahiliah masyarakat Arab membunuh bayi perempuan hidup-hidup, kini gejala buang bayi mencatatkan angka merungsingkan.
Dulunya masyarakat jahiliah tawaf mengelilingi kaabah dalam keadan bogel. Sungguh mengaibkan. Kini, artis tak cukup kain jadi model & qudwah.
Hari demi hari cabaran semakin menduga para pendakwah. Jahiliah moden menjadi agama ikutan, ideologi manusia dipandang jalan terbaik menghadapi krisis dunia. Akhirnya semuanya gagal kerana mereka tidak kembali kepada Fitrah Insani. Islam agama fitrah sebagai penyelesai masalah manusia.
Hari ini, Generasi muda atau lebih dikenali sebagai Gen Y tidak sama dengan generasi yang lahir sebelum 80an. Pasca kemerdekaan dan era minda manusia dijajah Barat memerlukan pendakwah melakukan satu perubahan dalam menyebarkan misi dakwah. Mereka berfikiran setiap tindakan adanya persoalan ‘why’ dan agenda doktrinasi ala penjajahan Jepun sudah tidak relevan lagi disamping dunia tanpa sempadan, segala maklumat dapat diakses hanya menggunakan jari. Pendakwah masa kini lebih mencabar. Daya keintelektualan perlu diasak dan hikmah berdakwah diterap dalam diri pendakwah.
Oleh itu, kita perlu mencari jalan penyelesaian dalam polemik ini.
KESEPADUAN ANTARA TARBIAH, DAKWAH & SIASAH
Pemimpin Gen Y hari ini perlu memantapkan aspek tarbiah kerana ia sebagai tunjang kekuatan bagi diri & sebuah jemaah. Tarbiah syumuliah bersifat berterusan dan kontemporari mampu membina pemimpin yang iltizam dan komitmen dalam memikul amanah. Al-Takamul ( lengkap melengkapi ) dalam merangkumi segala aspek merupakan prinsip dalam tarbiah, menghubungkan antara iman & amal. Tarbiah tidak hanya menumpukan aspek kerohanian membentuk jiwa sufi semata-mata malah aspek ‘aqliah juga dititik beratkan dalam membina minda intelektual disamping tarbiah khuluqiah membentuk akhlak, jasadiah membina kekuatan, ijtimaiah, siayasah dan fizikal.
Elemen-elemen terpenting dalam tarbiah seperti Tauhidullah ( mengesakan Allah ), Nubuwwah bagi meletakkan landasan atas jalan para Nabi & membezakan dengan tarbiah Jahiliah yang berlandaskan aqal semata-mata & Al-Hasyr wal Jaza’ bagi meletakkan akhirat matlamat akhir bukannya dunia tanpa pemutusan rantaian antara kedua-duanya . Tarbiah juga diterap konsep akhlak dan sahsiah, kerahsiaan & menjaga aib, kekuatan ukhuwwah, wala’ terhadap kepimpinan dan disiplin.
Kekekuatan yang perlu ada bagi setiap pemimpin Gen Y selepas ditarbiah, mereka mampu menjalankan aktiviti dakwah dan siasah dengan sempurna. Mereka tidak lagi berkaki ayam dalam menggapai matlamat tarbiah bahkan mereka mempunyai visi & misi yang jelas serta perancangan yang tersusun. Lahirnya satu golongan ahli pemimpin yang ditarbiah mampu membaca situasi semasa dan melakukan tindakan bagi menyelasaikannya. Cukup pelik bagi mereka yang ditarbiah tapi kaku dan bisu. Ini bermaksud adanya kelompangan dalam sistem yang mereka jalankan, Tarbiah sifatnya bergerak dan mereka yang ditarbiah melalui usrah, muhkayyam mampu menjadi manusia yang proaktif. Proaktif bermaksud, mengambil kawalan dan tanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Mereka tak salahkan manusia atau sekeliling tapi mereka menyalahkan diri sendiri dan melakukan satu tindakan.
INTEGRITI & KOMPETENSI SENTIASA DIGARAP
“ Apa pandangan Pak Cik mengenai YB Afifudin ni”, Tanya seorang wartawan.
“ Pada pandangan pak Cik la, YB ni bagus..orangnya baik, soleh, kaki masjid, tak makan duit rakyat tapi..” jelas Pak Cik Mat, bekas tentera.
“ Tapi apa Pak Cik ?”, wartawan itu inginkan penjelasan.
“ Tapi dia ni lemah sikit bab pengurusan, kalu mengadu satu-satu perkara lambat sikit nak bertindak, tunggu riuh sekampung baru nak cakna. Pak Cik thiqah kat dia tapi macam tu la..”
Seterusnya wartawan tersebut pergi sebuah kampung bagi menemuramah penduduknya.
“ Pak Cik Mail boleh bagi pandangan tentang YB kat sini ADUN Pulau Hulu kan..”, terus bertanya si wartwan.
“Boleh, YB kat sini bagus sudut bersama rakyat tapi macam tula, YB ni talam dua muka, depan rakyat baik, tunjuk kehebatan bercakap & memberi keyakinan. Tapi kat luar, minum arak, perempuan, judi dan berzina pun ada, memang berat katakan”, jelas ringkas Pak Cik Mail.
Secara jujur antara dua pemimpin, manakah yang terbaik?
Pemimpin Gen Y hari ini perlu memiliki kedua-duanya. Nilai Al-Qawiy ( Kompetensi ) & Al-Amin ( Integriti ) perlu dicanang mulai sekarang. Contohilah Nabi Muhammad s.a.w, akhlaknya terpuji dan baginda diberi amanah memimpin Negara Madinah, mengetuai bala tentera dengan penuh strategis.
Umat Islam hari ini bukan sekadar baiknya di masjid dan ditikar sejadah bahkan mereka ‘hidup’ dalam masyarakat. Pemimpin Gen Y tidak dipandang soleh semata-mata bahkan dipandang hormat dalam aspek karisma memimpin, mempunyai kemahiran komunikasi & berpengaruh & pemikirannya cukup tajam tanpa menafikan aspek penguasaan thaqafah dan akhlak terpuji.
MELAKUKAN PERUBAHAN
Tanpa perubahan jemaah atau persatuan menjadi lesu dan kaku.
Perubahan yang tidak realistik mengancam kepada kehancuran.
Memimpin perubahan atas dunia realiti bukan ilusi.
Itu sifirnya.
Pemimpin Gen Y pemikirannya bersifat analitikal, kritikal, konstruktif dan jauh ke hadapan. Mereka berfikir dan bertindak mengikut kekuatan dan keupayaan yang sentiasa dikumpul, kelemahan dan ancaman setiasa dihindari dan berusaha menukar menjadi satu kebaikan. Bijak mencari peluang!
Mereka memandang cerita dan idea senior dalam arkib data, membuat analisis tersendiri mengikut kesesuaian dan melakukan tindakan dan perubahan. Hayatilah kisah Sultan Muhammad Al-Fateh setelah berjaya membuka Kota Konstinonpel. Beliau menuju terlebih dahulu ke perkuburan Al-Ayyub Al-Ansari sebagai tanda hormat. Beliau tidak melupakan jasa sahabat Nabi yang berusaha sehingga syahid dalam menggapai misi sabda Nabi Muhammad s.a.w.
Walau pemimpin berjaya melakukan perubahan, jangan dilupakan jasa orang terdahulu. Usah sibuk dengan perubahan sehingga tiada ukhuwwah adik & abang.
PESAN ABDULLAH NASIH ULWAN BUAT PEMUDA
ABDULLAH NASEH AL-ULWAN dalam bukunya ‘Membina Generasi Muslim Ideal’ atau Hatta Ya’lama Syabab menggariskan beberapa keistimewaan dan sifat asasi yang perlu dimiliki buat pemuda-pemudi Islam.
Iman yang mantap, tidak goyah dan lemah
Ikhlas dan murni dalam amal & tindakan
Semangat keinginan yang membuak-buak dalam menggapai visi & cita-cita
Iltizam & komitmen yang tidak kenal erti penat & lelah
Pengorbanan yang tulus dan bersungguh-sungguh.
Wallahu A’alam..

0 comments:

Post a Comment