Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

14 February 2010

CINTA TAK TERBALAS


Malam yang dipenuhi bintang bergemerlapan & bunyiaan cengkerik memecah kesunyian, seorang pemuda menghargai ciptaan Ilahi merenung dan berfikir. Seorang pemuda bernama Ammar. Dimalam itu, dia teringat kisah silamnya pada tarikh 6 September 2009 tepat jam 6.34 p.m di bulan Ramadhan. Dalam perjalanannya ke Ifthar Jamaie anjuran Kelab Usahawanmuda, handphonenya berbunyi, dia terus membuka Inbox. Bunyiaan tadi membuatkan degupan jantungnya terus berdegup kencang sepantas kelajuan Ferrari- F1. SMS yang datang dari teman istimewanya bernama Solehah, yang sudah lama dia menunggu. Dengan penuh debaran, dia terus membacanya.

“ Salam. Awak busy ke sekarang? Boleh ke saya nak cakap sesuatu? ”, kata Solehah.
“ Saya biasa je, awak nak cakap apa dia? Silakanlah”, balas si Ammar
“ Sebelum itu saya harap awak boleh terima apa yang saya nak bagi tau dan saya tiada niat nak lukakan hati awak. Saya terpaksa berterus terang sekarang. Sebenarnya saya tidak boleh menerima awak sebagai teman hidup saya. Saya terpaksa bagi tau bahawa saya dah ada pilihan hati saya. Saya doakan awak dapat teman hidup yang lebih baik dari saya, mungkin kita tiada jodoh. Maafkan saya”, Solehah melanjutkan kata-katanya.
Setelah menerima SMS dari Solehah, hatinya luluh dan berkecai. Dia tidak membalas SMS tersebut dan cuba menyembunyikan perasaannya dihadapan sahabatnya. Dia cuba meraikan majlis dan menipu dirinya. Setelah selesai berbuka, hati Ammar tergerak untuk membalasnya walaupun dia terpaksa menipu dirinya sekali lagi.
“ Awak yang saya hormati, Saya pasrah kepada Allah swt, saya rela dan redha andai ini ketentuanNya, saya tidak boleh memaksa awak menerima saya. Maafkan saya, saya pernah mencuri hati awak, saya doakan awak gembira & bahagia disamping si dia”.
Harapan mengunung tinggi hancur berkecai. Baitul Muslim yang hendak dibina menjadi debu bertebaran ditiup angin. Ammar menguatkan dirinya, dia mengadu kepada Allah dengan luahan sepenuhnya agar dia redha dan pasrah. Dia mengerti bahawa cintanya kepada Solehah kerana Allah dan agama bukan kerana kecantikan yang dimiliki. Dia teringat satu lirik Permata Yang Dicari oleh De’ Hearty yang menjadi azimatnya terus bangun dan mara kehadapan.
“ Ya Allah jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuaanMu”
Setelah beberapa bulan dia menyepikan diri, seorang temannya menceritakan bahawa teman hidup Solehah ialah kawan rapatnya. Ammar kaku dan berdiam diri tanpa kata-kata. Hanya tikar sejadah menjadi temannya, Allah jua dia merintih.
Wahai sahabat yang dikasihi,
Bagaimanakah perasaan anda sekiranya cinta anda tidak dibalas?
Sudah tentu hati anda rasa pedih, kecewa, sedih dan merana. Sudah pasti anda terbayang-bayang si dia dikala siang ataupun malam. Sudah pasti anda sukar untuk melupakannya kerana si dia cinta pertama anda.
Pernahkah anda terfikir bagaimanakah cinta Nabi Muhammad s.a.w terhadap ummatnya?
Adakah cinta Junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sudah anda balas dan tunaikan?
Apakah buktinya?
Wahai sahabat seIslam,
Marilah sama-sama kita koreksi diri, bulan RabiulAwal sudah menjelma. Adakah kedatangannya menambah kasih dan sayang kita kepada pemuda gelaran AL-AMEEN. Hati kita cukup sedih apabila melihat umat Islam lebih mengenali pemain bola sepak, artis dan sebagainya melebihi cinta dan kenalnya kepada Nabi S.A.W. Layakkah kita mendapat syafaat di hari Akhirat nanti dalam keadaaan begini? Berapa kalikah kita berselawat kepada Nabi S.A.W. sehariaan? Apakah amalan sunnah yang kita amalkan atau kita tinggalkan semuanya?
Sedihnya hati Baginda melihat umatnya begini, namun cintanya kepada ummatnya tidak pudar dan baginda menyebut ‘ Ummati, Ummati, Ummati’ sewaktu baginda nazak. Kenapa hati kita masih belum merasai kasih sayang baginda. Adakah hati kita mati dengan peribadi Baginda? Jawapannya Ya, seorang yang mengatakan Nabi Muhammad telah mati sebagaimana manusia lain maka sesungguhnya hati mereka mati dengan cahaya Kerasulan Baginda. Para sahabat hatinya hidup bersama baginda walaupun baginda tidak bersama. Meraka merasai kemanisan hidup bersama baginda.
Wahai jiwa yang suci,
Sembilan hari sebelum kewafatan baginda s.a.w setelah pulang dari haji Wada’1. Nabi Muhammad menyatakan “ Aku ingin mengunjungi makam para Syuhada’ Uhud”. Setelah sampai ke makam para sahabat. Baginda memberi salam ‘ Assalamualaikum ya Syuhada’ Uhud”. Kamu telah mendahului aku, InsyaAllah kita akan bertemu nanti. Tanda-tanda kesedihan muncul satu persatu.
Dalam perjalanan pulang, Rasulullah s.a.w menangis. Para sahabat bertanya dengan nada lemah lembut sebab tangisan baginda. Baginda mengatakan, “ Aku merindukan saudara-saudaraku”. “ Bukankah kami ini saudara-saudaramu Ya Rasululllah,” kata para sahabat. Rasulllah s.a.w menjawab “ Tidak, kamu adalah sahabat-sahabatku, adapun saudara-saudaraku ialah orang yang datang selepasku tapi mereka beriman kepadaku meskipun tidak melihatku”.
Adakah kita tergolong dalam kalangan ‘Saudara-saudara’ Nabi Muhammad?
Sedarlah insan yang hina,
Kalaulah hati kita boleh menderita disebabkan cinta yang tidak dibalas. Begitulah perasaan sedihnya Rasulullah s.a.w tatkala ummatnya melupakan dirinya. Marilah kita mempertingkatkan kasih dan sayang kita kepada Baginda s.a.w agar jiwa yang kosong dan mata yang miskin airmata mampu terubat.
Reference:
1 Rujuk buku Berjuang di Dunia, Berharap Pertemuan Di Syurga: Muhammad Nursani, cetakan Tarbawi Press, 2008

1 comments: