Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

16 March 2009

ISLAM : Detoxification Process


Sebelum kita membicarakan mengenai detoxification process yang yelah direformasikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada masyarakat Jahiliah dengan membawa AlQuran yang telah mendapat ratifikasi dari Sang Pencipta adakah kita mengerti dan bersyukur nikmat ini yang membezakan kita antara ISLAM, KUFUR dan HAIWAN. Islam ibarat cahaya menyuluh kegelapan masyarakat arab Jahiliah yang hadhari dari sudut material namun badawi dari sudut rohani. Islam datang dengan hujah dan dalil menyangkal iktikad jahiliah. Tapak bersemainya Islam disemenanjung tanah Arab menyingkap 1001 rahsia waima dari sudut geografi ataupun penduduk.

Proses detoksifikasi yang diimplementasikan ke atas manusia memberi impak maksimum dengan melahirkan generasi Jilul Quranul Farid. Datangnya Islam mengubah gaya hidup masyarakat Jahiliah masa itu sehingga lahirlah golongan seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar AlKhatab, Saidina Ali, Saidatina Khadijah, Saidina Bilal, Saidatina Sumayyah dan ramai lagi mewakili kelompok masing-masing. Bersemainya Islam dalam lubuk hati para sahabat disebabkan faktor keimanan dan kecintaan kepada Allah dan KekasihNya. Masa kini proses yang masih dijalankan semakin hari sinar Islam kian menyerlah di sebelah Barat khususnya. Mereka tidak lagi yakin dengan teori-teori seperti Teori Evolusi Darwin & Sistem Buatan Manusia seperti sistem Kapitalis, Sosialis dan komunis ditambah pula gejala negatif, keruntuhan rumahtangga kian membarah.

Berdasarkan fakta kes selepas berlakunya Tragedi 11 September 2001, Jocelyn Wiener dalam St. Petersburg Times melaporkan, “ Setiap tahun lebih kurang 20 000 orang memeluk Islam di Amerika.” Dan banyak lagi fakta yang membuktikan Islam semakin diterima dinegara Barat. Proses menyahtoksikkan sakibaki Jahiliah yang dijalankan bermula dengan marhalah Makiyyah iaitu mentauhidkan Allah dan menjauhi syirik sehinggalah sampainya wahyu agar Daulah Islamiah ditegakkan di Madinah Al-Munawwarah maka disitulah marhalah Madaniyyah. Jiwa Rasulullah s.a.w kian diasak bertubi-tubi tidak cukup dengan itu nyawa dijadikan taruhan. Itulah sunnah perjuangan wahai Tentera-tentera ALLAH!!! Usah bilang mengenai perjuangan & jihad andai hatimu dipenuhi rasa cinta akan dunia dan takutkan mati!!



Dalam secebis ruangan ini, saya ingin menimbulkan persoalan kepada sahabat dan sahabiah, adakah kita salah seorang Scientis yang akan memastikan detoxification process ini terus dijalankan kepada umat manusia dalam erti kata lain apa sumbangan kita agar Islam terus didaulatkan??? Ideologi AKU TIDAK PEDULISME kian membarah dijiwa umat Islam. Isu Palestin, Krisis kerajaan Perak, jarum-jarum Sisters in Islam dan banyak lagi tidak diambil kisah oleh masyarakat. Islam agama peduli!!! Buktinya terlakar dalam Al-Quran mengenai konsep hablun mina nas dan konsep ta’awun dalam perkara kebaikan. Masyarakat bertikam lidah dalam bab furu’ dan khilaf, isu ta’adud jamaah, saling tuduh menuduh yang akhirnya isu kebejatan sosial remaja, masalah huffaz, jarum-jarum Yahudi terus diabaikan. Yahudi bergelak ketawa kerana misi Protokolnya berjaya, Theodore Hertz tersenyum lebar. Siapa yang rugi???

Dalam kita membicarakan mengenai Ideologi AKU TIDAK PEDULISME ini dalam waqi’ Darul Quran, virus ini merebak dek hati tidak suka terhadap usrah. Memang usrah dilihat satu perkara yang simple tetapi disitulah akan terbentuknya jiwa-jiwa yang peduli dan sensitif terhadap isu umat Islam. Ini benar!!! Kita lihatlah golongan agama satu ketika dulu di alam kampus, seorang yang tidak komit akan usrah apabila berada dikandang masyarakat mereka tidak bisa untuk menyebarkan dakwah. Ilmu hanya disampaikan di sekolah-sekolah sahaja bukan untuk masyarakat, mengajar hanya medan bekerja bukan berdakwah bukan medan Fi sabilillah. Apabila gaji overtime tidak dihulurkan tiadalah kerja diluar waktu pejabat. Ini realiti berlaku di kalangan golongan agama khususnya yang anti persatuan dan kerja-kerja tarbiah tanpa gaji. Sedarlah wahai Jiwa-jiwa Islam, Islam tidak memerlukan kamu tapi Kamu memerlukan Islam..Tarbiah tidak mencari kamu tapi kamu perlu mencari tarbiah. Indahnya tarbiah mendidik kita menjadi Individu muslim yang pro aktif dan tidak jumud.

Akhir kalam, saya menyeru rakan-rakan marilah sama-sama kita bina rabitah hati, mengisi fitrah insani, merai cinta Nabi,meraih cinta Ilahi...Slm ukhuwwah ke medan perjuangan!!!

0 comments:

Post a Comment