“ Bukan pemuda yang mengatakan inilah ayahku, tetapi pemuda sebenar ialah yang mengatakan inilah aku ”
Gelombang perubahan gerakan pimpinan pelajar sekolah kian menyerlah. Ijtima’ Kepimpinan Pelajar yang dianjurkan oleh Maahad Muhammadi ( Lelaki ) dengan kerjasama Alumni Maahad Muhammadi Negeri Kelantan ( AMAL ), Yayasan Islam Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan telah mengumpulkan pimpinan pelajar dari 20 buah sekolah dibawah YIK berkampung di Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa selama 2 hari 1 malam bermula 7 & 8 Mei 2010.
Ijtima’ bertemakan ‘ Peranan Kepimpinan Pelajar dalam Memacu Tarbiah di Sekolah’ berfungsi bagi menggerakkan gerakan pimpinan pelajar dalam memperkasakan tarbiah dan perkaderan disekolah YIK. Program telah dirasmikan oleh YB Abdul Fattah Bin Hj Mahmood,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGOtelah memberi satu harapan besar kerajaan Negeri Kelantan kepada saf kepimpinan sebagai generasi pelapis kepimpinan akan datang. Pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Asri Mat Daud, Pensyarah KIAS juga telah mebangkitkan kesedaran & semangat pimpinan pelajar bahawa merekalah seharusnya bersifat Kompetensi ( Al-Quwwah ) & Integriti ( Al-Amin ) serta berperanan dalam mendidik sahabat dan rakan-rakan dalam menghayati nilai Islam .
Selepas selesai solat Jumaat, saya diamanahkan untuk menghandle satu forum bagi menghangatkan lagi Ijtima’ agar mencapai objektif dengan menampilkan Ust. Wan Roslan Wan Hamat ( Pen. Pengarah YIK merangkap Penaung AMAL ) dan Ust. Mohd Idris bin Yusoff ( Presiden GAMIS ),satugandingan panelis yang berpengalaman dalam dunia kepimpinanpelajar dan mahasiswa. Perwakilan bertubi-tubi bertanyakan soalan bagi manambahkan lagi kefahaman dalam memahami agenda tarbiah dan kepimpinan. Sesi Percambahan Idea ( SPI ) juga dijalankan sebagai satu jalan brainstorming bersama dalam berkongsi dan bertukar idea. SPI telah menggariskan empat fokus utama berkaitan dengan Sistem Pengurusan Organisasi, Perkaderan & Kepimpinan, Pengurusan Usrah & Pengurusan Pelajar. Terima kasih kepada warga AMAL dalam menjayakan SPI.
Akhirnya, satu resolusi penubuhan Jawatankuasa gabungan bersama pimpinan pelajar telah berjaya dihasilkan. Dengan harapan tertubuhnya jawatankuasa gabungan pimpinan pelajar ini agar dapat memantapkan lagi gerakan pimpinan pelajar dalam memacu tarbiah dan kepimpinan disekolah. Ijtima’ ini akhirnya telah ditangguhkan oleh YB Muhammad bin Mustapha, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah Negeri Kelantan.
Artikel kali ini saya ingin berkongsi satu emel yang dihantar kepada saya beberapa hari lalu. Satu artikel membongkarkan gerakan Illuminiti yang telah bergerak aktif di Malaysia.
" Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website http://www.tv3.com.my/ selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut. Pertama sekali,
Sila perhatikan gambar dibawah ini;
Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?
?
Adakah ini satu kebetulan?
Kedua:
Anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
Ketiga:
Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?
Apa persamaannya?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah
Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.
Rasa kepuasan dirasai setelah tamatnya forum yang dirancang sempena Biah Solehah Campaign. Walaupun mengubah tajuk sebenarnya yang berkaitan ikhtilat, di atas dasar berdakwah berkonsepkan keperluan mad’u bukan apa yang daie tahu. Committee IRKSS bersama FSCC menukar tajuk isu semasa yang menjadi polemik dan panas.
Tajuk “ ALLAH KAMI, TUHAN KAMU: Penjelasan Isu kalimah Allah “ diambil walaupun dari sudut aqidah boleh menimbulkan keraguan & pertanyaan tapi diambil pada pandangan bahasa boleh diterima Ianya bermaksud penggunaan kalimah Allah khas bagi umat Islam sahaja dan kalimah tuhan terbuka kepada agama lain.
Medan Ilmiah dijangka permulaannya tidak ramai yang hadir disebabkan hari khamis keesokannya, seluruh Negeri Sembilan cuti tapi sungguh tak disangka kerusi tidak mencukupi, terpaksa bersila diatas lantai melebihi jangkaan sebelumnya. Satu petanda baik buat mahasiswa yang begitu sensitive terhadap isu semasa. Kedatangan tetamu pelajar USIM juga mengejutkan.
Perkongsiaan minda & idea oleh Ust Zamri Mohd Syafiq selaku YDP Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Negeri Selangor & Madam Isfadiah Mohd Dasuki, lecturer CFS IIUM bersifat kritikal & matang dalam menilai isu ini. Mejelaskan hukum sebenar penggunaan kalimah Allah dari perpektif Al-Quran & Sunnah, sejarah dan pandangan golongan kristian, keistimewaan kalimah suci serta implikasi yang akan berlaku masa kini dan generasi akan datang.
Penonton disuap dengan fakta & hujah kukuh dalam menilai isu ini dari sudut social politik, dakwah & pendidikan. Ancaman plurisme, hidden agenda, kaedah Fiqhiyyah iaitu Sad al-Zarai' dan Harbu Syubhat & perlembagaan Malaysia serta kaitan dengan Enakmen kawalan agama 1988 juga dijelaskan.
Forum yang berakhir jam 12 tengah malam membuka minda mahasiswa NILAI dalam menilai sendiri kenapa isu ini dibangkitkan dan siapakah sebenar dalang sebaliknya & siapakah sebenar pejuang isu ini.
Diharapkan agar pada masa akan datang, mahasiswa lebih proaktif dan sensitive serta bijak dalam membuat penilaian. Bukannya bersifat seperti kerbau dicucuk hidung. Budaya keintelektualan perlu dipertingkatkan dari masa ke masa dalam menggagah identiti future leader.
“ Aku rasa Islam ini agama terroris la, Islam pun disebar melalui peperangan & mata pedang jugak, sama je dengan British menyerang Tanah Melayu, nak dapatkan kepentingan tersendiri je, ”, Ah Chong menimbulkan persoalan.
Fikiran Ah Chong terkumpul beribu-ribu persoalan mengenai Islam.
Hidayah Al-Deen sudah mula menyinar tapi semakin malap dek salah faham terhadap Islam. Setelah berlakunya tragedi 11 September 2001, Fahaman Islam sebagai Agama Terrorist semakin menular di negara Barat dan terus melebarkan jalurnya ke pelusuk dunia. Barat tanpa segan silu melebelkan Islam sebagai pengganas.
Geert Wilders dengan Film Fitna terus mengecam Islam beberapa tahun lalu dan terbaru, As-Syahidah Jilbab, Dr. Marwa Syarbini telah ditikam sebanyak 18 kali didalam mahkamah dihadapan hakim oleh Alex W, seorang penganggur dan penyokong parti pro Nazi German. Dia didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai sewaktu berada di Dresden park pada bulan November 2008. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "Terrorist" dan "Islamist Whore" . Semua kes ini berpunca dari fahaman Islam Is Terrorist & Islamophobia.
Benarkah Islam berkembang melalui mata pedang?
Disini saya ingin mengemukakan beberapa fakta kes & hujah bagi menyangkal satu statement berbaur fitnah terhadap Islam.
Pertama: Kewajipan berperang & hukumnya.
Selama ini Rasulullah s.a.w belum diizinkan untuk melancarkan peperangan dan tidak boleh menumpahkan darah. Baginda hanya diperintahkan untuk mengajak manusia kepada Allah, bersabar menghadapi seksaan dan memberi maaf kepada orang-orang jahil. Sementara itu orang-orang Quraisy terus menindas para pengikut Rasulullah s.a.w sehingga memaksa mereka agar meninggalkan agama Islam dan mengusir keluar dari negeri mereka. Setelah Quraisy menentang Allah, menolak kemuliaan yang ditawarkan Allah kepada mereka, mendustakan-Nya serta orang-orang yang membenarkan RasulNya dan berpegang teguh dengan agamanya, maka Allah mengizinkan Rasul-Nya untuk berperang dan membalas segala penyeksaan yang telah dilakukan terhadap mereka.
Setelah mendapat Green Light dari Allah s.w.t dalam FirmanNya dinukilkan dalam Surah Al-Hajj: 39-41 diatas faktor umat Islam dianiaya dan mereka diusir tanpa sebarang alasan kukuh iaitu mereka berkata “ Tuhan kami hanyalah Allah “, Allah mengizinkan peperangan buat umat islam sebagai Jihad Pertahanan ( Defensive ) mempertahankan aqidah Islamiah.
Apabila kita meninjau dari sudut keizinan berperang dan perlaksanaanya masa kini, Keizinan berperang sudah jelas dalam Al-Quran membenarkannya namun perlaksanaanya bergantung kepada pemerintah dan para pemimpinnya seperti hukum Hudud & Qisas. Selagi belum tertegakknya Jemaah Islam dengan seorang imam yang memimpinnya yang bangun dan melakukan konfrontasi peperangan, maka peperangan individu dalam tahap ini tidak dibenarkan kecuali tindakan membela diri, harta & kehormatan. Maksudnya, peperangan dapat dilancarkan setelah umat Islam bergabung dalam satu jamaah dan mendapat arahan dari saf kepimpinan untuk melancarkan peperangan setelah cubaan dakwah secara diplomasi telah dijalankan.
Selain itu, Jihad atau peperangan dalam Islam bukan alat permusuhan tetapi sebagai satu jalan perlindungan dakwah & jaminan perdamaian. Ini dibuktikan dalam peraturan peperangan dan syaratnya tidak membenarkan tentera Islam melampaui batas, melakukan penyeksaan terhadap wanita, kanak-kanak maupun orang tua serta tidak merobohkan binaan agama lain serta bangunan-bangunan. Disini Islam tidak menunjukkan kekerasan dalam menyebarkan dakwah. Kita lihat sebagai contoh ketika peristiwa Fathu Makah,Ketika Khalifah Umar bin Khattab memasuki Yerusalem pada tahun 634M, Islam menjamin kebebasan beribadah bagi seluruh umat beragama di kota itu. Selain menyatakan kepada penduduk bahwa kehidupan dan kekayaan mereka akan aman, serta tempat ibadah mereka tidak akan diambil alih, Beliau juga meminta pendeta-pendeta Kristen Spronius untuk ikut bersama beliau mengunjungi semua tempat suci dan tempat ibadah. Khalifah Umar juga tidak menunaikan solat disebuah gereja kerana dibimbangi umat Islam akan merampas gereja dan membina masjid. Betapa indahnya Islam menjaga hubungan terhadap non-muslim. Adakah ini Islam masih lagi Pengganas?
Kita cuba selusuri sejarah penaklukan Islam, Islam menawarkan kepada Perdana Menteri disebuah Negara untuk menerima Islam atau membayar ufti atau tentera Islam akan menakluk. Pembukaan kota Konstinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri diatas keinginan rakyat Kota Konstinople yang tidak tahan dengan kezaliman Maharaja Konstantine. Setelah menggunakan cara diplomatik & demi menyelamatkan rakyat Kota Konstantinople, peperangan disusun dan ianya mesti ditawan. Kedatangan Islam dikota tersebut merupakan satu rahmat dan keselematan kepada rakyat Konstantinople dari cengkaman kezaliman. Adakah Islam masih lagi dilabel zalim membebaskan golongan tertindas?.
Kedua: Analogi mudah
Saya membuat satu analogi mudah sebagai dalil aqli meruntuhkan hujah pihak lawan. Kita ibaratkan sebuah keluarga yang hidup aman damai disebuah rumah akan tetapi diserang oleh perompak. Adakah bapa selaku ketua keluarga akan berdiam diri, meredhai segala tindak-tanduk jahat perompak, membiarkan anak & isteri dibunuh dan harta dirampas. Begitulah umat Islam mempertahankan aqidah Islam setelah bertahan selama 10 tahun kerasulan, mereka terpaksa berhijrah ke Habsyah, Madinah dan tenpat-tempat lain demi meyelamatkan aqidah bukan berpersonaliti seorang pengecut. Adakah ini salah jika Islam bangkit menentang kezaliman kafir Quraisy yang menghalang kebebasan beragama & menjaga maruah?
# Artikel ini salah satu assigment tambahan bagi subjek Religion In Malaysia oleh Ust. Baharudin. Banyak lagi fakta yang tidak dikemukan. Para pembaca bolehlah merujuk buku-buku seperti Kit Kombat Remaja Islam ( Dr. Zainal Abidin ), Manhaj Haraki dalam Sirah Nabawiyah ( Muhammad Munir Al-Ghatban ) & Jihad bukan konfrontasi ( Pimpinan Ihkwanul Muslimin )
Program Ijtima' Aidilfitri Alumni Maahad Muhammadi Kelantan 2009 akan diadakan pada 4 Syawal 1430H bersamaan 23 September 2009 bertempat diRestoran Nasi Ulam, Kampung Kraftangan.
Ijtima' Aidilfitri kali ini yang berkonsepkan 'Rumah Terbuka' dijangka akan lebih meriah berbanding dengan ijtima'-ijtima' sebelum ini. Dengan tema "Aidilfitri disambut, Ukhuwwah Terbina, Bakti Terlaksana", program Ijtima' pada kali ini diharapkan mampu mengumpulkan seramai mungkin alumni-alumni Maahad Muhammadi. Pelbagai program menarik telah dirancang. Untuk memeriahkan lagi suasana, para hadirin boleh membawa apa-apa saja juadah untuk dikongsi bersama. Sama-sama kita meriahkan Ijtima' Aidilfitri AMAL 2009. Sebarkan kepada seluruh warga AMAL.
Bersyukur pada Ilahi sempat saya sempat berbengkel bersama Zakaria Sungib (Pak Ya) dan Bro. Nasri dari Galeri Ilmu Sdn. Bhd.Islamic Writing Workshop telah dianjurkan oleh Islamic Revealed Knowledge Student Society ( IRKSS ), CFS IIUM Nilai memberi panduan dan motivasi buat saya dan rakan-rakan agar terus menceburkan diri dalam bidang pena yang mampu mencetuskan polemik jika ikut rentaknya.
Bengkel selama satu hari memberi input bermakna dan teknik bagi menghasilkan sebuah buku dikenali bestseller. Pelbagai modul telah dibentangkan seperti Warm Up ( Motivasi untuk menulis ) bagi mencetuskan kesedaran dalam kalangan peserta tentang peri pentingnya meneruskan warisan pena yang cukup tajam bagi meneruskan tradisi ulama’ dan meninggalkan legasi bermakna buat ummat.
Sejarah telah membuktikan ketajaman pena mampu menggugat sebuah kerajaan angkuh seperti hasil Prof.Dr. Burhanuddin Helmi menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British. Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan di Singapura pada pertengahan 1930an, Jose Rizal dengan Noli Me Tangere,dan saluran-saluran utama lain pada zaman penjajah menunjukkan media cetak cukup dominan dalam membangkitkan semangat inginkan kebebasan dan kemerdekaan.
Kami ditekankan mengenai persoalan nilai membaca. Seorang penulis perlu membaca sebanyak mungkin melebihi 3 kali ganda dari menulis bagi memberi input yang padat dalam penulisan. Penulis perlulah melihat kecenderungan diri terhadap sesuatu yang diminati samada novel, pengetahuan am, sejarah, keluarga, remaja dan sebagainya.
‘
Menulis apa yang umat mahukan bukan apa pendakwah tahu ’ kata-kata dari Ust. Hasrizal Abd Jamil dalam tulisannya. Penulis juga perlu sensitif terhadap isu umat dan menghuraikan dalam bentuk penulisan. Penulis pencetus perubahan masyarakat. Ketajaman Pena merupakan salah satu bentuk pendidikan buat ummat. Malik bin Nabi dalam pemikirannya telah dihuraikan dalam sebuah buku oleh Dr. Ali Al-Quraishi bertajuk ‘ Malik bin Nabi dan Pergolakan Sosial’ menyentuh aspek pendidikan sebagai metod utama tercetusnya transformasi dalam peradaban umat Islam dengan terhapusnya sikap apologetik, romantisme dan lenyapnya sikap menerima penjajahan.
Modul Ke Garisan, Get Set ( Hukum Tarikan & Pelan Operasi Penulisan ) dan Go! sempat kami hadamkan. Satu simulasi menyediakan Proposal Buku juga telah dijalankan mengikut kumpulan. Kami telah mencadangkan satu buku ‘ Diari Penghafaz Wahyu ‘ mengisahkan seorang pelajar cacat penglihatan menempuh dugaan dalam menghafaz Al-Quran sehingga menimbulkan polemik masyarakat bahawa golongan OKU juga mampu dan ini tidak mustahil. Spirit iniah perlu diterapkan dalam masyarakat agar mendampingi Kalam Suci. Kami diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan proposal dalam bentuk sinopsis dan huraian penuh bab awal sebagai bukti kesungguhan kami dalam bidang penulisan.
Hati seorang lelaki..
Kekadang perlu sekeras waja,
Ada masanya mesti selembut sutera.
Ah, lelaki..
jika jiwamu tulus kerana Ilahi,
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI.